Antifa (Amerika Syarikat)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Antifa (Amerika Syarikat)
Remove ads

Antifa (/ænˈtfə, ˈæntiˌfɑː/)[1] ialah gerakan di Amerika Syarikat yang sebahagian besarnya didominasi oleh sayap kiri, aktivis politik anti-fasis yang militan,[7][11] terdiri dari pelbagai kumpulan aktivis tanpa pemimpin yang bertujuan untuk mencapai tujuan politik mereka dengan menggunakan tindakan secara langsung melalui reformasi dasar.[12][13][14][15] Aktivis ini terlibat dalam pelbagai taktik protes, termasuk aktivis digital, merosakkan harta benda dan keganasan fizikal, serta gangguan terhadap mereka yang dikenal pasti sebagai fasis, rasis, atau kanan.[16][17][8][18][15][19][20]

Thumb
Thumb
Pelekat antifa, berdasarkan logo gerakan Antifa Jerman.

Individu yang terlibat dalam gerakan ini cenderung memiliki pandangan anti-autoritarian dan anti-kapitalis[21] serta menganut pelbagai ideologi sayap kiri seperti anarkisme, komunisme, marxisme, demokrasi sosial dan sosialisme.[22][23][21][24][25][26][27] Baik nama "antifa" mahupun logo dua bendera yang melambangkan anarkisme dan komunisme berasal dari gerakan Antifa Jerman.[28]

Pada 1 Jun 2020, Presiden Donald Trump menggemakan kenyataan yang sebelum ini dilontarkan oleh Penasihat Keselamatan Negara, Robert O'Brien,[29] dengan menyalahkan antifa dan para "anarkis profesional", kerana telah melakukan tindakan kekerasan.[30]

Remove ads

Etimologi

Perkataan antifa dalam bahasa Inggeris merupakan kata serapan dari bahasa Jerman, diambil sebagai bentuk singkatan dari perkataan antifaschistisch ("anti-fasis") dan nama Antifaschistische Aktion yang mengilhamkan Gerakan Antifa menjadi lebih luas di Jerman.[31][32][33][34] Kamus Oxford, mencantumkan perkataan "antifa" dalam senarai pendeknya sebagai "perkataan tahun ini" pada 2017, ditulis bahawa perkataan antifa itu "muncul dari ketidakjelasan relatif untuk menjadi sebahagian dari kosakata bahasa Inggeris yang mapan sepanjang 2017".[33] Liga Anti-Pencemaran Nama Baik menyatakan bahwa label "antifa" harus dihadkan untuk "mereka yang secara proaktif berkonfrontasi secara fizikal dengan musuh-musuh mereka yang dianggap fasis "dan tidak disalahgunakan untuk memasukkan semua kontra-demonstran anti-fasis.[17]

Remove ads

Rujukan

Bibliografi

Bacaan lanjut

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads