Armin Baniaz Pahamin

usahawan Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Armin Baniaz Pahamin
Remove ads

Dr. Armin Baniaz Pahamin (lahir 1 Mac 1974) merupakan seorang usahawan, penasihat korporat, dan tokoh politik Malaysia. Beliau dikenali dalam kepimpinan industri automotif serta advokasinya dalam memperkasa ekonomi dan reformasi politik. Armin kini berkhidmat sebagai Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM) dan Setiausaha Agung Sekretariat Tanahair (STAR). Beliau juga merupakan penyokong utama reformasi pilihan raya secara digital dan pembangunan ekonomi dan komuniti Melayu.

Fakta Segera Dr. Armin Baniaz Pahamin, * Setiausaha Agung Sekretariat Tanahair (STAR) ...

Beliau pernah dipaparkan sebagai jutawan muda berjaya oleh majalah Malaysia Personal MONEY dan majalah kewangan The Edge [1] [2] pada tahun 2007, yang menonjolkan pengurusan kewangannya yang berkesan. Sebelum menceburi bidang perniagaan, Armin berkhidmat di Commerce International Merchant Bankers Berhad (CIMB) dalam bidang kewangan korporat. Beliau juga pernah menjawat jawatan Pengerusi Eksekutif Jackspeed Industries (M) Sdn Bhd, anak syarikat Jackspeed Corporation Ltd yang tersenarai di papan utama Bursa Saham Singapura.

Remove ads

Latar Belakang dan Pendidikan

Armin dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Ayahandanya, Datuk Pahamin Ab Rajab[3], merupakan pengerusi pengasas AirAsia serta bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Pada usia 15 tahun, Armin telah disahkan menghidap Leukemia Mieloid Kronik dan berjaya menjalani pemindahan sumsum tulang di Hospital Hammersmith, London. Mengatasi cabaran kesihatan yang besar ini, beliau meneruskan usaha akademiknya dan berjaya menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Ekonomi dari University of Buckingham, United Kingdom pada tahun 1995. Sejak itu, beliau kekal dalam keadaan remisi penuh dan bebas daripada penyakit tersebut.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi dan memperoleh Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) dari ELM Graduate School, HELP University, dengan pencapaian CGPA 3.88. Tesis doktor falsafah beliau bertajuk "Reformasi Pilihan Raya di Malaysia: Meningkatkan Aksesibiliti, Mengurangkan Kos, dan Menangani Dinamika Politik dan Institusi melalui Pilihan Raya Digital", yang memberikan sumbangan penting dalam bidang reformasi demokrasi digital di Malaysia.

Remove ads

Kerjaya

Kepimpinan Korporat dan Perniagaan

Armin memulakan kerjayanya dalam bidang kewangan korporat di bank saudagar Commerce International Merchant Bankers Berhad ; sekarang dikenali CIMB Investment Bank sebelum menjadi Pengerusi Eksekutif Jackspeed Industries (M) Sdn Bhd. Pada tahun 2010, beliau dilantik sebagai Presiden ketiga Proton Edar Dealers Association Malaysia (PEDA), memimpin rangkaian pengedar kereta nasional menghadapi krisis ekonomi Asia 1997, tiga kali kemelesetan ekonomi, serta pengambilalihan Proton oleh DRB-Hicom dan kemudian Geely.

Pada tahun 2015, beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan Fasfik (M) Sdn Bhd[4], dan membangunkan rangkaian pusat servis automotif bebas terbesar di Malaysia dengan 55 cawangan dalam masa 18 bulan[5] [6]. Model perniagaan ini diinspirasikan daripada B-Quik Thailand. Outlet ke-40 Fasfik dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan ketika itu, Dato' Sri Khaled Nordin.

Keusahawanan

Pada tahun 2014, Armin mengasaskan CarBengkel, aplikasi penyelesaian pasaran selepas jualan automotif, yang memenangi Anugerah Inovasi Peruncitan VISA pada tahun 2015. Beliau juga mengasaskan Chief’s Original Bootcamp, program kecergasan berinspirasikan ketenteraan yang beroperasi lebih sedekad sehingga pandemik COVID-19.

Beliau turut mengasaskan beberapa syarikat pemula teknologi dan perniagaan lain.

Penasihat Korporat

Sebagai penasihat korporat aktif, Armin memberi nasihat strategik kepada syarikat korporat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam bidang penstrukturan semula, inovasi perniagaan, dan pembangunan kepimpinan.

Remove ads

Penglibatan Organisasi

Keterlibatan Armin dalam bidang kepimpinan bermula sejak zaman pengajiannya, apabila beliau dilantik sebagai Ketua Editor buletin bulanan dan buku tahunan kolej Program NCUK di Maktab Sains MARA. Semasa melanjutkan pengajian di University of Buckingham, beliau aktif sebagai aktivis pelajar, memegang jawatan sebagai Ahli Eksekutif Kesatuan Pelajar, Naib Presiden Persatuan Ekonomi, serta Timbalan Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di universiti tersebut.

Selepas menamatkan pengajian, Armin terus aktif dalam kepimpinan pertubuhan, apabila beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pengasas Selangor Perdasama (Persatuan Pedagang dan Pengusaha Bumiputera Malaysia), sebuah badan yang berperanan memartabatkan keusahawanan Bumiputera. Beliau kemudiannya menerajui Proton Edar Dealers Association Malaysia (PEDA) sebagai Presiden, dan kini menjawat jawatan Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM), sebuah organisasi yang memperjuangkan dasar pembangunan ekonomi negara secara inklusif dan mampan.

Penglibatan Politik

Armin merupakan figura baharu dalam arena politik Malaysia dan sehingga kini belum pernah bertanding dalam mana-mana pilihan raya. Beliau telah diundang oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bersama-sama menubuhkan Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) pada tahun 2020, sebuah parti politik yang memperjuangkan agenda reformasi institusi, keadilan sosial, serta pemerkasaan bangsa Melayu.

Susulan daripada pengunduran Tun Dr. Mahathir daripada PEJUANG, Armin memainkan peranan penting dalam penubuhan G13, sebuah kumpulan yang menghimpunkan bekas Ahli Majlis Eksekutif Pusat dan Ketua-Ketua Negeri PEJUANG yang turut melepaskan jawatan sebagai solidariti bersama Tun Dr Mahathir. Nama G13 diambil sempena jumlah 13 pemimpin yang keluar daripada parti tersebut untuk meneruskan kesinambungan perjuangan politik yang berteraskan prinsip dan ideologi Tun Dr. Mahathir. Sejak itu, G13 telah menjadi wadah utama dalam menggerakkan usaha reformasi politik dan memperjuangkan hak-hak bangsa Melayu serta kedaulatan negara, selari dengan aspirasi perjuangan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Remove ads

Jawatan Parti

Sepanjang penglibatannya dalam arena politik, Armin telah diberi kepercayaan untuk memegang beberapa jawatan strategik, antaranya:

  • Ahli Majlis Eksekutif Pusat dan Pengerusi Biro Ekonomi Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG);
  • Setiausaha Agung Sekretariat Tanahair (STAR), sebuah pertubuhan yang mempertahankan hak-hak istimewa dan kedudukan orang Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, serta memperjuangkan reformasi ekonomi nasional demi kesejahteraan warganegara, khususnya masyarakat Melayu;
  • Ahli Majlis Proklamasi Orang Melayu (POM), sebuah gerakan rakyat yang digerakkan oleh Sukarelawan IKHLAS di bawah inisiatif Dr. Mahathir Mohamad sejak Mac 2023. POM mengumpul tandatangan Proklamasi untuk menyuarakan kebimbangan terhadap kemerosotan kuasa ekonomi Melayu dan kedaulatan tanahair. Menurut laporan, lebih 200,000 tandatangan telah dikumpul dalam beberapa bulan pertama pelancarannya. POM bertujuan menyatukan suara Melayu merentas parti berdasarkan 12 agenda perjuangan, termasuk pemuliharaan bahasa, agama, dan tanah air, tanpa melibatkan isu calon atau politik kepartian;
  • Setiausaha G13, platform yang meneruskan perjuangan politik berteraskan aspirasi dan prinsip Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jawatan-jawatan ini mencerminkan komitmen beliau dalam memperkukuh agenda pembangunan ekonomi, sosial, dan reformasi politik negara.

Remove ads

Kempen Politik

Armin aktif terlibat dalam pelbagai kempen politik berskala nasional, termasuk memainkan peranan dalam Pilihan Raya Kecil Johor (PRK Johor) dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (GE15). Dalam kedua-dua kempen tersebut, beliau memberikan sokongan strategik kepada calon-calon Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) di negeri-negeri utama seperti Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Johor.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh kesejahteraan ekonomi rakyat, Armin telah melancarkan Program Gerakan Ekonomi Pejuang, satu inisiatif yang menyasarkan bantuan kepada lebih 100,000 usahawan dan individu menganggur daripada kumpulan B40. Program ini merupakan respons terhadap cabaran ekonomi yang melanda akibat pandemik COVID-19, dengan objektif untuk memperkasakan keusahawanan serta memperluaskan peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terjejas. Usaha ini turut mencerminkan komitmen beliau dalam memperkukuhkan sektor mikro dan perusahaan kecil sederhana (PKS) sebagai tunjang pertumbuhan ekonomi negara.

Remove ads

Pendekatan Politik

Sebagai seorang tokoh yang konsisten memperjuangkan agenda reformasi, Armin dikenali dengan pendiriannya yang tegas dalam memperkasa kedudukan ekonomi, sosial, dan politik masyarakat Melayu. Beliau menekankan keperluan dasar-dasar kebajikan yang adil dan inklusif, dengan memperjuangkan pendidikan percuma dan penjagaan kesihatan percuma sebagai hak asasi rakyat yang harus dijamin oleh negara moden yang progresif.

Dalam usahanya memperkukuh amalan demokrasi, Armin merupakan penyokong utama kepada pelaksanaan reformasi pilihan raya digital, dengan matlamat memperluaskan akses rakyat terhadap sistem pilihan raya yang lebih telus, cekap, dan inklusif. Beliau percaya bahawa transformasi digital dalam proses pilihan raya akan mempertingkatkan kadar penyertaan pengundi, khususnya dalam kalangan berpendapatan rendah, golongan profesional yang terpaksa bertugas semasa pilihanraya, golongan muda, rakyat di luar bandar, dan warga Malaysia di luar negara.

Selain itu, Armin turut mengadvokasi pelaksanaan pengundian wajib sebagai langkah memperkukuh legitimasi demokrasi dan memastikan tanggungjawab mengundi dilaksanakan oleh setiap warganegara. Pendekatan ini selari dengan aspirasinya untuk membentuk sebuah sistem politik yang lebih bersih, berintegriti, dan berteraskan keadilan sosial demi memastikan kestabilan dan kemakmuran jangka panjang negara.

Remove ads

Kerja Amal

Armin aktif memimpin pelbagai inisiatif kebajikan yang mencerminkan komitmen beliau terhadap pembangunan sosial, pemberdayaan komuniti, dan pemerkasaan golongan kurang berkemampuan. Antara usaha amal yang diterajui beliau termasuk:

  • Menganjurkan kempen derma darah secara berkala, bertujuan menyokong keperluan bank darah negara dan menyediakan bantuan kritikal kepada pesakit yang memerlukan;
  • Mengetuai kutipan dana untuk Yayasan Buah Pinggang Sabah dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) semasa beliau menjawat jawatan sebagai Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA), bagi menyalurkan bantuan kewangan serta rawatan perubatan kepada pesakit kronik;
  • Membiayai pembinaan 20 telaga air di kawasan pedalaman Kelantan, sebagai usaha menyediakan akses kepada sumber air bersih untuk komuniti luar bandar yang kurang mendapat kemudahan asas;
  • Menaja biasiswa pendidikan tahunan kepada 30 pelajar kurang berkemampuan di SMK Kamil, Kelantan, meneruskan legasi kebajikan yang diasaskan oleh almarhum ayahandanya sejak lebih dua dekad lalu, dalam usaha memperkasa pendidikan anak-anak bangsa;
  • Menganjurkan program derma makanan mingguan, mengagihkan lebih 500 pek makanan setiap minggu di masjid-masjid sekitar Sungai Penchala dan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, sejak tahun 2024 — satu inisiatif berterusan yang bertujuan membantu golongan asnaf serta komuniti setempat yang memerlukan.

Inisiatif-inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi Armin dalam memacu kesejahteraan sosial, malah menunjukkan usaha berterusan beliau dalam membina jaringan sokongan komuniti yang mampan dan berkesan demi manfaat rakyat yang memerlukan.

Remove ads

Kontroversi

Kritikan Terhadap Cadangan Pegangan Saham Petronas oleh Sarawak

Pada Jun 2025, Armin mengkritik cadangan Ahli Parlimen DAP, Chong Chieng Jen, yang mencadangkan agar Sarawak memperoleh pegangan 30% dalam Petronas, dengan alasan bahawa langkah tersebut berpotensi menjejaskan struktur ekonomi persekutuan dan mengancam kestabilan ekonomi nasional.

Pembelaan Nelayan Pulau Pinang

Pada Julai 2023, beliau menyuarakan kebimbangan terhadap projek Penang South Island (PSI), mendakwa bahawa projek tebus guna tersebut akan memberikan kesan negatif terhadap mata pencarian lebih 6,000 nelayan tempatan di Pulau Pinang, sekali gus menjejaskan kesejahteraan komuniti pesisir pantai.

Isu Kenyataan Hasutan

Pada Jun 2023, Armin mempertahankan hak kebebasan bersuara Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, di tengah tuduhan hasutan yang dikemukakan terhadap beliau, menegaskan bahawa ruang demokrasi harus dihormati dan dilindungi dalam negara yang mengamalkan prinsip kebebasan berpendapat.

Kritikan Terhadap Video Promosi Pelancongan

Pada Januari 2025, beliau mengkritik Menteri Pelancongan, Tiong King Sing, berhubung video promosi Visit Malaysia Year 2026, dengan mendakwa bahawa kandungan video tersebut kurang menonjolkan unsur warisan Islam dan budaya tempatan yang menjadi identiti Malaysia.

Sokongan Terhadap Pengampunan Diraja Najib Razak

Pada Januari 2025, Armin menyertai Perhimpunan Solidariti Najib, menyokong kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam memberikan pengampunan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai sebahagian daripada proses keadilan dan prerogatif diraja yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penentangan Terhadap Kertas Nasihat CSO

Pada Jun 2025, sebagai Setiausaha Agung Sekretariat Tanahair (STAR), beliau menentang Kertas Nasihat CSO bertajuk "Our ASEAN: Peoples At The Core", dengan hujah bahawa dokumen tersebut berpotensi melemahkan kedaulatan negara-negara ASEAN dengan mempromosi nilai-nilai liberal Barat yang tidak selari dengan norma dan budaya serantau.

Kritikan Terhadap P. Ramasamy

Pada Mei 2023, Armin mengkritik Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P. Ramasamy, dengan menyifatkan kenyataan beliau sebagai bersifat perkauman dan menghina orang Melayu. Armin menegaskan bahawa "Ramasamy tidak layak bercakap menyentuh soal Melayu", menyatakan kenyataan tersebut berpotensi mencetuskan ketegangan kaum dan menggugat keharmonian nasional.

Gesaan Tindakan Tegas Terhadap Isu Halal Palsu

Pada Februari 2025, dalam kapasiti beliau sebagai Presiden Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM), Armin menggesa pihak berkuasa untuk mengenakan tindakan undang-undang yang tegas termasuk denda maksimum terhadap pihak yang terlibat dalam penggunaan tanda halal palsu oleh sebuah rangkaian pasar raya. Beliau menekankan bahawa tindakan tegas diperlukan untuk memelihara sensitiviti agama umat Islam dan memastikan integriti sistem pensijilan halal di Malaysia.


Nota: Sehingga Jun 2025, kontroversi yang disenaraikan di atas merupakan insiden utama yang telah dilaporkan dan disahkan melalui sumber media bebas. Sebarang perkembangan baharu yang berasaskan sumber sahih akan dikemas kini bagi memastikan ketepatan maklumat.

Remove ads

Kehidupan Peribadi

Armin mendirikan rumah tangga dengan Aina Chunraem, dan pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata. Dalam pelbagai kesempatan, beliau sering menzahirkan bahawa keluarganya merupakan sumber inspirasi, kekuatan emosi, dan pemangkin utama kepada kejayaan beliau dalam bidang perniagaan dan politik. Keluarga bukan sahaja menjadi tunjang ketahanan diri beliau dalam mengharungi pelbagai cabaran hidup dan kerjaya, malah turut membentuk nilai-nilai murni yang menjadi asas kepada prinsip kepimpinan serta komitmen beliau terhadap pembangunan masyarakat.

Remove ads

Pencapaian

Armin merupakan seorang atlet ketahanan yang berpengalaman dan telah menamatkan beberapa acara sukan bertaraf antarabangsa di Malaysia. Antara pencapaian beliau termasuk kejayaan menyelesaikan Ironman 70.3 Triathlon pada tahun 2005, Powerman Malaysia Duathlon pada tahun 2004, serta Maraton Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun 2008.[7] Pencapaian ini membuktikan ketahanan mental dan fizikal beliau dalam menghadapi cabaran ekstrem, sekaligus mencerminkan semangat disiplin dan keazaman tinggi yang menjadi tunjang kepada kejayaan beliau dalam kerjaya dan kehidupan peribadi.

Selain kejayaan dalam bidang sukan, Armin turut meraikan satu lagi pencapaian peribadi yang amat bermakna apabila pada tahun 2025 beliau mencapai 36 tahun sebagai seorang pejuang leukemia, setelah berjaya mengatasi Leukemia Mieloid Kronik yang didiagnosis ketika beliau berusia 15 tahun. Kejayaan ini bukan sahaja memperlihatkan kekuatan dalaman beliau dalam menghadapi ujian kehidupan, tetapi juga menjadi sumber inspirasi kepada ramai yang berhadapan dengan cabaran kesihatan yang serupa.[8]

Remove ads

Rujukan

Rujukan lain

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads