Art rock

From Wikipedia, the free encyclopedia

Art rock
Remove ads

Art rock ialah sebuah subgenre dari muzik rock yang mencerminkan perubahan bentuk baru atau avant-garde pada genre rock. Art rock memiliki elemen moden, eksperimental, atau bentuk yang tidak biasa. Art rock bercita-cita untuk mengubah fungsi rock dari sekadar hiburan remaja menjadi sebuah pernyataan artistik,[8] bereksperimen secara konseptual dalam muzik.[3] Art rock terpengaruh dari genre seperti rock eksperimental, muzik avant-garde, muzik klasik, dan jaz.

Fakta Segera Maklumat am, Nama asli ...

Art rock diwujudkan dengan tujuan untuk diperdengarkan, bukan untuk menari. Art rock sering menggunakan kesan elektronik tekstur yang mudah didengarkan. Ini berbeza dari propulsif irama rock.[8] Art rock sering kali dikaitkan dengan "rock progresif".

Genre ini mencapai popularitinya pada awal tahun 1970-an melalui seniman-seniman England. Muzik, seperti juga dengan teater, berhubungan dengan genre, sehingga memiliki ketertarikan artistik oleh remaja dan orang dewasa, terutama kerana kompleksiti muzik dan liriknya. Kehadiran art rock berlangsung pada tahun 1966-67 dan berakhir dengan kedatangan punk di pertengahan tahun 1970-an.[9] Setelah itu, genre ini sering diterapkan dalam genre muzik selanjutnya pada era 1970-an 90–an.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads