Ashraf Muslim

Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Ashraf Muslim
Remove ads

Leftenan Muhd Ashraf bin Muslim, RAW(Jawi: أشرف مسلم; lahir 12 September 1981) merupakan pelakon lelaki Malaysia dan merupakan ahli Rejimen Askar Wataniah, (RAW), Pangkat Leftenan dari Angkatan Tentera Malaysia, (ATM)

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...

Beliau membuka satu klinik pengamal perubatan tradisional, Pusat Perubatan Darussyifa' di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor. Ia adalah perubatan Islam yang berlandaskan Al-Quran. Penawarnya melalui ayat-ayat suci yang dilafazkan kepada pesakit. Selama ini buat secara sambilan. Sekarang sudah ramai pesakit. Dia menjadi merupakan pengacara untuk rancangan perubatan, Syifa al Hidayah di Astro Oasis.

Selain itu Ashraf menternak 600 ekor kambing, ikan keli, ketam bercangkerang lembut atau keras dan lain-lain.[1]

Remove ads

Kehidupan awal

Ashraf dilahirkan pada 12 September 1981 di Teluk Mas, Melaka. Beliau merupakan anak sulung daripada 7 adik beradik dan mempunyai diploma di Kuala Lumpur Infrastructure University College dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.

Kerjaya

Pada tahun 2016, Ashraf telah membintangi Drama Kemboja Di Hati yang bersiaran di TV AlHijrah. Drama 13 episod itu diadaptasikan daripada sebuah novel berjudul sama karya Ramlah Rashid.[2]

Ashraf bersama pendatang baru, Mia Ahmad muncul dalam drama Mr. Boss Miss Stalker yang bersiaran di Slot Dahlia TV3 mengantikan drama Cinta 100 kg pada bulan April 2016. Drama 20 episod ini juga diadaptasi daripada novel berjudul sama karya Aesya Azahar. Ashraf memegang watak utama iaitu sebagai Hariz Zhafran.[3]

Beliau juga membintangi drama Imam Muda Dari Cairo yang bersiaran di TV1 dalam Slot Kasturi (RTM). Drama tersebut mula bersiaran pada 10 Jun 2016.[4]

Pada 13 Ogos 2016, Ashraf muncul dalam telefilem bertajuk Gerimis Hati Asyikin di TV3.[5]

Tahun 2017, Ashraf kembali muncul dilayar perak untuk filem Bukan Cinta Malaikat yang ditayangkan di Malaysia dan Indonesia. Filem ini juga merupakan kerjasama antara dua buah negara dari Indonesia dan Malaysia dan ditayangkan pada 13 Julai 2017.[6] Ashraf bakal membintangi drama bersiri Cinta Hati Batu yang bakal bersiaran di Slot Lestary TV3. Drama adaptasi novel bertajuk One Day You'll Be Mine karya Inawza Yusof ini akan diarahkan oleh Amor Rizan. Drama ini juga dijangka ditayangkan pada tahun 2017.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Thumb
Ashraf Muslim (tengah) bersama dua isterinya dan salah seorang anak mereka. (Dari kiri: Wan Nurul Sakinah Wan Saburi dan Nor Dayana Lokman).

Ashraf Muslim mempunyai dua orang anak perempuan dan dua orang anak lelaki. Anak perempuan sulung beliau dilahirkan oleh isteri kedua beliau pada 5 April 2014 yang diberi nama Sarah Ashraf.[7] Pada 10 Disember 2015, isteri pertama Ashraf iaitu Noor Dayana selamat melahirkan anak pertama mereka selepas lima tahun berkahwin. Bayi lelaki yang selamat dilahirkan pada pukul 2.58 petang itu diberi nama Anas Ashraf.[8][9]

Dan pada 14 September 2015, beliau sekali lagi dikurniakan anak dari isteri kedua beliau iaitu Wan Sakinah yang selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Adam Ashraf.[10]

Ashraf dan isteri Wan Sakinah selamat menimang cahaya mata perempuan seberat 3.07 kilogram sekitar jam 5.35 petang di Avisena Specialist Hospital pada 3 September 2018.[11]

Pada 12 April 2020, Ashraf disahkan positif COVID-19 selepas kembali dari pengambaran drama bersiri Demi di Scotland, United Kingdom.[12]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads