Ashraf Sinclair

Pelakon, peragawan dan pengacara Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Ashraf Sinclair
Remove ads

Ashraf Daniel Mohammed Sinclair (18 September 1979 – 18 Februari 2020)[1] ialah seorang pelakon, peragawan dan pengacara televisyen Malaysia.[2] Beliau terkenal menerusi watak Eddy dalam filem Gol & Gincu.[3]

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Remove ads

Kehidupan awal

Ashraf dilahirkan pada 18 September 1979 di Croydon, England kepada Mohamed Anthony John Sinclair yang berbangsa Inggeris dan Khadijah Abdul Rahman yang yang juga mempunyai darah campuran Melayu, Jawa dan Arab. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik, adik-beradiknya ialah Aishah Jennifer (lahir 1980) dan Adam Youssof (lahir 1983).

Adik beliau, Adam Sinclair berkahwin dengan penyanyi Yuna Zarai.

Remove ads

Kerjaya

Pada tahun 1997, Ashraf merupakan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 1996/1997 pada usia 18 tahun. Selepas Hero Remaja tamat, beliau muncul dalam iklan Kasut Gombak terbitan Petronas yang turut dibintangi oleh Vanida Imran. Iklan ini diarahkan oleh Yasmin Ahmad bersempena hari kemerdekaan Malaysia ke-41 pada 31 Ogos 1998.[4]

Enam tahun kemudian, Ashraf muncul dalam filem SH3 lakonan bersama Fasha Sandha arahan Zek Zukry. Beliau mula dikenali ramai dengan mengacarakan sebuah rancangan berkenaan filem terkini Box Office Now (ntv7) pada tahun 2005. Kemudian beliau menempa nama sebagai pelakon dengan memegang watak Eddy dalam filem Gol & Gincu arahan Bernard Chauly pada tahun yang sama dan siri televisyen yang menyusulnya pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2006 beliau mengambil alih tempat Awal Ashaari sebagai hos Beat TV bersama Sazzy Falak di Astro Ria serta digantikan dengan Ezlynn sebagai pengacara Mentor di TV3. Selain Gol & Gincu the Series, Ashraf juga berlakon sebagai Burn dalam siri Realiti. Pada Ogos 2006 beliau mengacarakan Persidangan Alam Sekitar Kanak-Kanak Antarabangsa TUNZA di Putrajaya.

Ashraf mencipta nama sebagai pelakon Indonesia dalam sebuah drama yang berjudul Cinta dan Anugerah. Drama yang paling mendapat sambutan di Indonesia dengan Nabila Syakieb sebagai heroinnya, Ashraf bukan sahaja menjadi menempah nama sebagai artis Malaysia, tetapi sebagai artis Indonesia juga. Ashraf pernah diundi sebagai "Bachelor with the Coolest Character" (Lelaki Bujang yang Paling Tenang Perwatakannya) dalam pertandingan Cleo's 50 Most Eligible Bachelors.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Pada pertengahan tahun 2007, Ashraf terjebak dalam kontroversi apabila didapati bercium mulut dengan kekasihnya iaitu penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari di Bali. Tindakan beliau didapati sebagai mencabul sensitiviti sesetengah rakyat Malaysia yang beragama Islam.[5][6] Hubungan mereka berdua akhirnya disambut baik dan mereka berkahwin pada 8 November 2008 di Jakarta.[7][8] Anak sulung dan anak tunggal pasangan ini, Noah Aidan dilahirkan pada 22 September 2010.

Kematian

Beliau meninggal dunia di Jakarta, Indonesia pada 18 Februari 2020, jam 04:51 pagi, pada usia 41 tahun, akibat serangan jantung.[9][10] Jenazah beliau dikebumikan di Sandiego Hills pada jam 8:04 pagi waktu Indonesia.[11]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Sinetron

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads