Orang Austronesia

kumpulan bangsa/suku kaum Kepulauan Australia-Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia

Orang Austronesia
Remove ads

Bangsa Austronesia (har.Kepulauan Selatan (dalam bahasa Greek)) ialah satu ayat konsep abad 21 yang diguna pakai untuk menyenaraikan bangsa atau kumpulan etnik yang berasal daripada wilayah kepulauan belah selatan bumi sebagai sekumpulan besar orang di Taiwan, Asia Tenggara Maritim, beberapa bahagian Tanah Besar Asia Tenggara, Mikronesia, beberapa bahagian pantai New Guinea, Kepulauan Melanesia, Polinesia, dan Madagaskar yang bercakap bahasa-bahasa Austronesia.[44] Mereka juga termasuk etnik minoriti pribumi di Vietnam, Kemboja, Myanmar, Thailand, Hainan, Comoros, dan Kepulauan Selat Torres. Negara dan wilayah yang kebanyakannya dihuni oleh orang berbahasa Austronesia kadangkala dikenali secara kolektif sebagai Austronesia.[45]

Fakta Segera Jumlah penduduk, Kawasan ramai penduduk ...
Remove ads

Kajian terbaru

Kajian terbaru pada tahun 2019 dan 2020 menunjukkan gen dan keturunan DNA yang unik yang mencirikan orang Asia Timur (bangsa Mongoloid). Bangsa Mongoloid dapat dibezakan dengan jelas daripada orang Eropah dan Afrika.[46][47] Baru-baru ini, beberapa kajian pada tahun 2019 dan 2020 dari Universiti Selatan Sentral (CSU; 中南 大学), telah mengemukakan bukti yang kuat untuk asal usul manusia yang berbilang wilayah. Bukti genetik menunjukkan bahawa populasi yang berkaitan dengan Orang Asia Timur (Orang Asia Timur, Orang Siberia, Orang Asia Tengah, Orang Asia Tenggara, Orang Polinesia dan Orang Asli Amerika) secara genetik berbeza dengan orang Eropah atau Afrika. Mereka lebih jauh menunjukkan bahawa bukti ini bertentangan dengan penghijrahan ke luar Afrika. Mereka menyimpulkan bahawa populasi yang berkaitan dengan Asia Timur (juga dikenali sebagai bangsa Mongoloid) berasal dari suatu tempat di Asia Timur (selatan China).[48][49]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads