Azhan Rani

Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Azhan Abdul Rani (lahir 24 Januari 1976) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Tanjung Karang, Selangor. Memulakan kerjaya awalnya dalam bidang lakonan menerusi teater dan drama radio, beliau terkenal dengan peranan di televisyen dan filem.[1][2]

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Remove ads

Kehidupan awal

Azhan dilahirkan pada 24 Januari 1976 di Tanjung Karang, Selangor dan dibesarkan di Kuala Kubu Bharu. Beliau merupakan anak keempat daripada lima beradik kepada pasangan Abdul Rani Sabri dan Salmah Budin.[3][4] Azhan merupakan pelajar jurusan automotif di Sekolah Vokasional sebelum menyambung tingkatan 6 dalam jurusan sastera. [5]Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Drama dan Teater di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).[6]

Remove ads

Kerjaya

Azhan memulakan kerjaya awal sebagai pelakon teater pada 1994.[7] Beliau seterusnya bergiat aktif dalam drama radio pada 2004, ketika berusia 28 tahun, di mana ketika itu hasrat beliau sekadar ingin mencuba dan mengetahui bagaimana drama radio dilakukan. Sepanjang tempoh itu, beliau telah menjayakan sebanyak 100 drama radio. Penerbit drama radio RTM, Zuraida yang ketika itu kebetulan datang menonton teater lakonan beliau, Lantai T Pinkie. Beliau pertama kali tampil bergandingan bersama pelakon berpengalaman Jalaluddin Hassan.[8]

Penampilan televisyen pertamanya ialah pada 2007 menerusi drama Sesuci Cinta Soffiya yang menggandingkan beliau bersama Rozita Che Wan. Pada tahun 2013, Azhan membintangi filem sulungnya, sebuah filem komedi pasca-apokaliptik arahan Woo Ming Jin lakonan Zizan Razak, KL Zombi. Beliau turut membintangi dua lagi filem yang ditayangkan pada tahun sama, Aku Pilih Kamu dan Kolumpo.

Azhan memegang watak sebagai A. R. Tompel dalam filem biopik Saloma arahan Melissa Saila yang dibintangi oleh Nabila Huda yang memegang watak Biduanita Negara Puan Sri Saloma.[9][10]

Beliau muncul bersama Ayda Jebat dan Syafiq Kyle dalam drama Dekatkan Jarak Kita yang bersiaran di TV3. Azhan memegang watak sebagai Ustaz Hamadi dalam drama Nur yang dibintangi oleh Amyra Rosli yang bersiaran di TV3 sepanjang Ramadan.[11] Azhan muncul dalam filem Kalla: Hidup Atau Mati arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin yang ditayangkan pada Oktober 2018, serta filem Bikin Filem yang akan menunggu tarikh tayangan.[12]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Azhan dilahirkan dan dibesarkan di Tanjung Karang, Selangor. Bapa beliau, Abdul Rani Sabri meninggal dunia pada 21 Ogos 2016 pada usia 71 tahun akibat penyakit sesak nafas.[13] Selain itu, Azhan juga bersahabat baik dengan Beto Kusyairy, Zahiril Adzim dan Farid Kamil, malah beliau beranggapan Farid (yang ketika itu sedang berhadapan dengan tuduhan jenayah di mahkamah) tidak pernah menganiaya sesiapa.[14]

Azhan masih membujang dan belum berkahwin, menjadikan beliau satu-satunya yang masih bujang di kalangan 5 adik-beradiknya.[15] Beliau bagaimanapun tidak tertekan jika ditanya tentang soal berumahtangga.[16][17] Selepas bapanya meninggal, Azhan menumpukan sepenuh perhatian kepada ibunya.[18]

Beliau juga menjalankan tanggungjawabnya untuk menderma darah.[19][20][21]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama radio

Maklumat lanjut Tajuk, Tuah Si Pandir ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads