BUGRIGHT

From Wikipedia, the free encyclopedia

BUGRIGHT
Remove ads

BUGRIGHT ialah sebuah album Jepun daripada kumpulan J-pop, J-rock, UVERworld.

Fakta Segera Album studio oleh UVERworld, Dilancarkan pada ...

Sejarah

Thumb
BUGRIGHT edisi terhad

UVERworld telah melahirkan album kedua mereka yang pada asalnya dirancang untuk dipasarkan pada 17 Januari 2007 tetapi ditunda ke 21 Februari 2007 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Edisi terhad album ini disertakan dengan DVD yang mengandungi tiga video klip, Colors of the Heart, SHAMROCK dan Kimi no Suki na Uta. Dokumentari pembuatan album ini yang dinamakan The Road To BUGRIGHT ~documentary film~ turut diselitkan bersama.

Pada 15 Februari 2007 iaitu lebih kurang seminggu sebelum BUGRIGHT dipasarkan, video klip Zero no Kotae (ゼロの答) telah ditayangkan di televisyen di Jepun. Video klip itu telah dibuat dalam keadaan terburu-buru tetapi hasilnya amat disukai peminat. Ahli-ahli UVERworld juga menampilkan diri mereka yang baru dan ini boleh dilihat dengan ketara pada vokalis kumpulan tersebut, TAKUYA∞ yang telah memotong pendek rambutnya dan hal ini menjadi topik perbualan dalam kalangan peminat-peminat mereka.

BUGRIGHT telah berjaya menduduki tempat ketiga dalam Carta Album Oricon pada hari pertama jualan album tersebut dan melonjak ke tempat pertama pada hari kedua. Ini merupakan kali pertama UVERworld menduduki tempat pertama dalam carta tersebut sehinggakan TAKUYA∞ menangis kegembiraan apabila mendengar berita tersebut.

Remove ads

Senarai lagu

Maklumat lanjut No., Tajuk ...
Remove ads

Jumlah jualan

- 140,815 unit

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads