Baghal
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Baghal (bahasa Inggeris: mule) merupakan kacukan kuda betina dengan keldai jantan. Baghal adalah mandul. [1] Kuda dan keldai merupakan spesies berbeza, dengan bilangan kromosom yang berbeza. Satu dari dua kacukan F1 antara dua spesies, baghal adalah lebih mudah didapati berbanding hinny (anak dari kuda jantan dan keldai betina). Kesemua baghal adalah mandul.
Baghal sering digunakan sebagai haiwan pengangkut kerana baghal mempunyai tubuh yang lebih tegap berbanding keldai, tetapi baghal tidak mampu memecut laju seperti kuda.
Saiz baghal dan jenis kerja yang dilakukannya bergantung kepada jenis ibu baghal. Baghal boleh jadi berat ringan, berat serdahana, malah apabila dihasilkan dari kuda betina draught, berat serdahana berat.[2]
Pencinta baghal mendakwa bahawa ia adalah "lebih sabar, yakin melangkah, lasak, dan hidup lebih lama berbanding kuda, dan ia dianggap kurang degil, lebih pantas, dan lebih pintar berbanding keldai."[3]
Baghal betina yang memiliki kitaran estrus dan dengan itu, secara teori, mampu menghasilkan fetus yang dikenali sebagai "molly" atau "baghal Molly," sungguhpun istilah ini kadang-kala digunakan bagi merujuk kepada baghal betina secara umum. Ia jarang bunting, tetapi kadang-kala berlaku secara semulajadi dan juga melalui pemindahan embrio. Salah satu daripada istilah bagi baghal dikasi adalah "baghal John."
Remove ads
Biologi
Prestasi dan saiz
Purata berat serdahana bagi baghal adalah antara 370 dan 460 kg (820 dan 1,000 lb).[4] Sungguhpun ia bergantung kepada haiwan individual, baghal tentera mampu "membawa sehingga 72 kg dan berjalan sejauh 26 km tanpa rehat."[5] In general, a mule can be packed with "dead weight" of up to 20% of its body weight, or approximately 90 kg (198 lb).[6] The average equine in general can carry up to approximately 30% of its body weight in "live" weight, such as a rider.[7] Bagaimanapun, sungguhpun beberapa baghal mampu membawa beban hidup sehingga 160 kg (353 lb) kelebihan baghal menjadi jelas pada ketahanan tambahan mereka.[6]
Kelebihan baghal adalah baghal memiliki saiz dan keupayaan berjalan seperti kuda, tetapi lebih kuat berbanding kuda yang sama saiz dan mewarisi ketahanan dan kelakuan bapa keldai. Baghal juga cenderung memerlukan kurang makanan berbanding kuda bersaiz yang sama.
Remove ads
Ciri-ciri

Dengan kepala pendek dan tebal, telinga panjang, kaki kurus, telepuk kaki sempit dan kecil, dan bulu tengkuk yang pendek, baghal berkongsi ciri-ciri keldai; dari segi ketinggian dan bentuk badan, tengkuk dan bulu tengkuk ("croup"), warna bulu sekata, dan gigi, ia kelihatan seperti kuda; baghal terdapat dalam pelbagai saiz, bentuk dan rupa. Terdapat baghal yang menyerupai kuda Amerika suku, baghal kerja besar, baghal lumba bertulang halus, baghal berbulu lebat dan banyak jenis lagi.
Baghal tidak berbunyi sama seperti keldai atau kuda. Sebaliknya baghal menghasilkan bunyi yang menyerupai keldai tetapi memiliki ciri-ciri kuda (sering kali bermula dengan ringitan, berakhir dengan hee-haw). Kadang kala baghal meringit. Badan baghal datang dengan variasi menyerupai kuda.
Variasi warna dan saiz
Baghal hari ini terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz,, dan warna, dari mini di bawah 1,000 lb (454 kg), dan dalam pelbagai warna. Baghal dari kuda betina Appaloosa menghasilkan baghal bewarna bercerumuk, sama seperti sepupu kuda Appaloosa mereka, tetai dengan warna berbeza lebih liar. Warna Appaloosa dihasilkan oleh gen rumit yang dikenali sebagai "Leopard complex" (Lp). Mares homozygous bagi gen Lp dikacuk dengan sebarang warna keldai akan menghasilkan baghal dengan warna Appaloosa.
Taburan
Baghal memberi masalah untuk mentakrifkan apa itu benda hidup oleh kerana ramai yang mengtakrifkan salah satu syarat benda hidup adalah sebagai mampu membesar dan membiak. Oleh kerana baghal tidak membiak, takrifan benda hidup sebagai membiak tidak merangkumi baghal. Oleh itu soalannya adakah baghal benda hidup?
Remove ads
Lihat juga
- Keldai Liar Afrika
- Hinny
- Kacukan kuda belang
- Jennet, kuda kecil Sepanyol
- Kiang, keldai liar Tibet
- Onager, keldai liar Asia
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
