Bedil

Perkataan bahasa Jawa untuk senjata yang boleh meledak From Wikipedia, the free encyclopedia

Bedil
Remove ads

Bedil (Tulisan Jawi: بديل) ialah istilah rantau Nusantara di Asia Tenggara Maritim yang merujuk kepada pelbagai jenis senjata api dan senjata ubat bedil, dari pistol kecil hingga meriam besar pengepungan.

Thumb
Lantaka gangsa dengan tulisan Arab, tahun 1700-an.

Peristilahan

Istilah bedil berasal dari kata Tamil: வெடில், rumi: veṭil atau வெடியல் veṭiyal[1] dan wediluppu (atau wediyuppu) yang aslinya bermaksud "letupan"[1][2] — kata-kata ini masing-masing merujuk kepada letupan ubat bedil dan niter (kalium nitrat), ia diserap menjadi bedil atau badel[2][3][4] (بديل, melalui bentuk lama wedil atau wediyal)[2] dalam bahasa Melayu merujuk kepada semua jenis senjata yang menggunakan "ubat" mampu meletup ini.

Perkataan ini turut diserap dalam bahasa-bahasa Nusantara lain termasuk:

Remove ads

Sejarah

Pengetahuan mengenai senjata berasas ubat bedil diperkenalkan ke kerajaan Jawa ketika tentera Cina Kublai Khan di bawah pimpinan Ike Mese berusaha menyerang Jawa pada tahun 1293. Buku Sejarah Yuan (Yuan shi) menyebutkan bahawa orang Mongol menggunakan meriam (bahasa Cina: 炮 — "Pào") menentang pasukan Daha.[5][6] Majapahit di bawah Mahapatih (perdana menteri) Gajah Mada (bertugas tahun 1331–1364) memanfaatkan teknologi senjata serbuk mesiu yang diperoleh dari dinasti Yuan untuk digunakan dalam armada laut.[7]:57 Meriam orang Jawa, iaitu cetbang, pada awalnya dikenali dengan nama bedil, kata yang menunjukkan senjata berasaskan serbuk mesiu apapun.[8]

Thumb
Pelubangan laras senapang di Lombok, 1869.

Pendahulu senjata api, meriam galah (bedil tombak), dicatat digunakan oleh Jawa pada tahun 1413.[9][10]:245 Namun ilmu membuat senjata api sebenar datang jauh setelah penggunaan meriam, selepas pertengahan abad ke-15. Ia dibawa oleh negara-negara Islam di Asia Barat, kemungkinan besar oleh orang Arab. Tahun pengenalan yang tepat tidak diketahui, tetapi ia dapat disimpulkan dengan selamat tidak lebih awal daripada tahun 1460.[11]:23 Ini menghasilkan perkembangan arquebus Jawa, yang aslinya juga disebut dengan nama bedil.[12] Pengaruh Portugis terhadap persenjataan lokal setelah penaklukan Melaka (1511) menghasilkan senjata api cucuh sumbu tradisi campuran jenis baru iaitu istinggar.[13]:53

Thumb
Pelbagai jenis meriam Melayu: (1) Meriam kalok, meriam pusing pendek. (2) Lela. (3) Lela (atau rentaka). (4) Lela rambang (lela pemuras). (5) Ekor lotong. (6) Lela.

Para askar penjajah Portugis dan Sepanyol kadang-kadang terkejut dan bahkan kalah dalam hal persenjataan.[14] Duarte Barbosa mencatat banyaknya senjata berasaskan mesiu di Jawa sekitar 1514. Orang Jawa dianggap sebagai pembina senjata api yang ahli dan penembak artileri yang baik. Senjata yang dijumpai di sana termasuk meriam satu paun (cetbang atau rentaka), senapang lantak panjang, spingarde (arquebus), schioppi (meriam tangan), api Yunani, gun (bedil besar atau meriam), dan senjata api atau mercun lainnya.[15]:254[16]:198[17]:224 Ketika Melaka jatuh ke Portugis pada tahun 1511 M, meriam pusing isian belakang (cetbang) dan meriam pusing isian depan (lela dan rentaka) ditemui dan ditangkap oleh Portugis.[18]:50 Semasa pertempuran itu, orang-orang Melayu menggunakan meriam, senapang matchlock, dan "tiub tembak".[19]:146-147 Pada awal abad ke-16, orang Jawa telah menghasilkan meriam besar secara tempatan, beberapa dari mereka masih bertahan hingga sekarang dan digelar sebagai "meriam keramat" atau "meriam suci". Meriam ini bervariasi antara 180–260 paun, dengan berat antara 3–8 tan, panjangnya antara 3–6 m.[20]

Penuaian saltpeter dicatat oleh pelancong Belanda dan Jerman sebagai biasa di kampung terkecil dan dikumpulkan dari proses penguraian bukit-bukit kotoran besar yang ditumpuk khusus untuk tujuan tersebut. Hukuman Belanda kerana memiliki mesiu yang tidak dibenarkan nampaknya adalah amputasi.[21]:180-181 Pemilikan dan pembuatan mesiu kemudian dilarang oleh penjajah Belanda.[22] Menurut kolonel McKenzie yang dikutip dalam buku Sir Thomas Stamford Raffles, The History of Java (1817), belerang paling suci dibekalkan dari kawah dari gunung berhampiran selat Bali.[21]:180-181

Thumb
Senjata api Melayu (pasca-1800): (1) Senapang flintlock panjang berhias (senapang / senapan). (1a) Penutup laras dari buluh dan rotan. (2) Senjata flintlock (senapang / senapan). (3) Blunderbuss (pemuras) loyang.

Bagi senjata api yang menggunakan mekanisme kancing batu, penduduk kepulauan Nusantara bergantung pada kekuatan Barat kerana tidak ada tukang besi tempatan yang dapat menghasilkan komponen rumit seperti itu.[23]:cxli[24]:98[25]:42 dan 50 Senjata api flintlock ini adalah senjata yang sangat berbeza dan dikenali dengan nama lain, iaitu senapan atau senapang, yang berasal dari perkataan Belanda snappaan.[26]:22 Kawasan pembuatan senjata Nusantara boleh membina senjata ini, laras dan bahagian kayu dibuat secara tempatan, tetapi mekanisme itu diimport dari pedagang Eropah.[25]:42 dan 50[24]:98[27]:65 Sebuah buku yang menerangkan cara mengisi, membidik dan menembak serta menjaga senjata bedil dalam kalangan "pendekar tembak" iaitu Ilmu Ubat Bedil mula muncul pada pertengahan abad ke-19.[3]

Remove ads

Senarai senjata yang dikelaskan sebagai bedil

Thumb
Meriam Aceh dan Turki Ustmani, dibongkar selepas Belanda menguasai Aceh tahun 1874.

Di bawah ini adalah senjata yang secara historis boleh disebut bedil. Penerangan lengkap boleh didapati di setiap halaman. Ini disusun mengikut abjad.[28]

Arquebus Jawa

Arquebus Jawa adalah senjata api kancing sumbu panjang awal dari Jawa, digunakan sebelum kedatangan penjelajah Iberia (orang Portugis dan Sepanyol).

Bedil tombak

Meriam galah buatan tempatan.

Cetbang

Meriam awal yang dibina oleh orang Jawa.

Ekor lotong

Meriam pusing dengan unjuran yang mirip ekor monyet lotong.[29]

Istinggar

Jenis senjata api matchlock, hasil pengaruh Portugis terhadap persenjataan tempatan selepas perebutan Malaka (1511).

Lela

Lela adalah sejenis meriam, serupa tetapi bersaiz lebih besar daripada rentaka.

Meriam

Dahulu kata ini digunakan untuk satu jenis artileri yang menembak peluru 6 paun atau lebih,[30]:93 sekarang ini adalah kata de facto bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia untuk "cannon".[31][32]

Meriam kecil miniatur

Juga dikenali sebagai meriam mata wang, senjata api ini dihasilkan terutamanya untuk barang dagangan dan barang koleksi.

Pemuras

Senjata api dengan mulut yang semakin melebar (flared muzzle).

Rentaka

Meriam pusing tempatan, sangat popular di kalangan orang Melayu.

Terakul

Sejenis pistol pasukan dragoon.

Lihat pula

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads