Bendera dan jata Selangor
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Laman Ini Mengenai Bendera dan Jata Selangor sahaja, dan Negeri Selangor atau juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selangor ialah negeri dengan bilangan penduduk terbanyak di Malaysia. Selangor juga merupakan negeri termaju dan terkaya[perlu rujukan] di Malaysia dan diisytiharkan sebagai negeri maju pada 27 Ogos 2005. Negeri ini perlu mengikut contoh negeri-negeri maju yang lain di seluruh dunia seperti California di Amerika Syarikat dan New South Wales di Australia.
Remove ads
Remove ads
Bendera Negeri Selangor

- Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini.
- Bulan sabit dan bintang melambangkan agama Islam, agama rasmi negeri Selangor
- warna putih malambangkan kesucian agama Islam.
Bendera Bandar dan Daerah
Bendera terdahulu
- Bendera Selangor (28/3/1883 - 30/1/1965)
- Bendera Selangor sejak 1784 hingga Tahun 1859.
Remove ads
Jata Negeri Selangor
- Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna.
- Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri.
- Tulisan Jawi yang berwarna Kuning bermaksud Selangor.
- Tulisan Jawi yang berwarna Merah "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri.
- Tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.
Remove ads
Lihat Juga
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads