Berkeley, California
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Berkeley (/ˈbɜrkli/ BURK-lee) ialah sebuah bandar di pantai timur San Francisco Bay di utara Alameda County, California. Ia dinamakan sempena uskup Ireland abad ke-18 dan ahli falsafah George Berkeley. Ia bersempadan dengan bandar-bandar Oakland dan Emeryville di selatan dan bandar Albany dan komuniti Kensington yang tidak diperbadankan di utara. Sempadan timurnya dengan Contra Costa County umumnya mengikuti rabung bukit Berkeley. Banci 2010 mencatatkan penduduk 112,580.
Berkeley ialah rumah kepada kampus tertua di sistem Universiti California, Universiti California, Berkeley, dan Makmal Kebangsaan Lawrence Berkeley, yang diuruskan dan dikendalikan oleh Universiti. Ia juga mempunyai Kesatuan Siswazah Teologi , salah satu institusi pengajian agama terbesar di dunia. Berkeley adalah salah satu bandar paling liberal di Amerika Syarikat.
Remove ads
Geografi
Berkeley terletak pada koordinat 37°52'18" Utara, 122°16'29" Barat (37.871775, -122.274603)GR1.
Menurut Biro Banci Amerika Syarikat, bandar ini mempunyai keluasan 17.7 mi² (45.9 km²). 10.5 mi² (27.1 km²) daripadanya darat dan 7.2 mi² (18.8 km²) termasuk air (40.9%).
Berkeley dikelilingi oleh bandar Albany, Oakland, dan Emeryville, serta Contra Costa County, Kensington, dan San Francisco Bay.
Pengangkutan
Kawasan Berkeley diservis oleh Amtrak, AC Transit, BART (Stesen Downtown Berkeley, North Berkeley dan Stesen Ashby) serta bas ulang-alik yang dikendalikan oleh beberapa pengendali lain, termasuk UC Berkeley dan Laboratorium Nasional Lawrence Berkeley. Jalan-jalan utama di bandar ini hanya Interstate 80. Setiap hari terdapat beribu-ribu kereta memasuki bandar, terutama pelajar dan pekerja Universiti Berkeley.
Bandar Berkeley mempunyai penggunaan basikal tertinggi dan kadar berjalan kaki di negara ini. Di kawasan sekitar kampus UC, para pelajar sering dilihat menyeberang jalan, terutamanya di jalan-jalan sehala berhampiran kampus. Berkeley adalah salah satu bandar paling selamat untuk penunggang basikal dan pejalan kaki.
Remove ads
Bandar kembar
Berkeley mempunyai 16 bandar kembar:[9]
Asmara, Eritrea
Blackfeet Nation, Montana, Amerika Syarikat
Yurok Tribe, California, Amerika Syarikat
Haidian District, Beijing, China
City of Djibouti, Djibouti
Sakai, Osaka, Jepun
Gao, Mali
Uma Bawang, Sarawak, Malaysia (1991)[10]
Dmitrov, Moscow Oblast, Rusia
Jena, Thuringia, Jerman
Ulan-Ude, Buryatia, Russia
San Antonio Los Ranchos, El Salvador
Mathopestad, Afrika Selatan
Oukasie, Afrika Selatan
Yondó, Colombia
Palma Soriano, Cuba
León, Nicaragua
Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads