Bible (kitab suci Kristian)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Alkitab[a] (bahasa Ibrani: תָּנָ״ךְ Tānākh atau מִקְרָא Mīqrāʾ; Latin: biblia sacra) ialah kumpulan teks agama, tulisan, atau kitab suci yang suci bagi orang Yahudi, Samaria, Kristian, Rastafari, dan lain-lain. Ini muncul dalam bentuk antologi, penyusunan teks dari berbagai bentuk yang semuanya terkait dengan kepercayaan bahawa kesemuanya adalah wahyu Tuhan secara kolektif. Teks-teks ini merangkumi kisah sejarah, pujian, doa, peribahasa, perumpamaan, surat didaktik, nasihat, karangan, puisi, dan nubuatan. Orang-orang yang beriman pada umumnya menganggap Alkitab sebagai produk ilham Ilahi.

Remove ads
Senarai kitab-kitab dihimpunkan
Perjanjian Lama
Perjanjian Baru
Teks Peshitta di dalam bahasa Syriak (bahasa Suryani) tidak mengandungi 2 dan 3 Yohanes, 2 Petrus, Yudas dan Wahyu tetapi alkitab-alkitab yang diguna pakai oleh Gereja Ortodoks Suryani masa ini turut memuatkan penterjemahan kitab-kitab tersebut. Namun demikian, leksionari ataupun senarai bacaan Alkitab rasmi yang diguna pakai oleh Gereja Ortodoks Syria Malankara yang bertapak di Kottayam, Kerala, India dan Gereja Kasdimi Syria yang bertapak di Trichur, Kerala, India cuma memuatkan bacaan daripada 22 kitab yang dipaparkan di dalam teks Peshitta.
Surat 3 Korintus juga dianggap sebagai sebahagian daripada Alkitab Gereja Ortodoks Armenia pada satu ketika tetapi tidak lagi terkandung di dalam edisi-edisi moden Alkitab yang diguna pakai oleh gereja tersebut.
Remove ads
Penterjemahan
Sejarah penterjemahan Alkitab ke Bahasa Melayu
Namun demikian, kerja penterjemahan seluruh Alkitab ke dalam bahasa Melayu cuma bermula setelah orang Belanda yang bermazhab Protestan mula bertapak di tanah Nusantara [6].
Pada mulanya, Alkitab di dalam Bahasa Melayu digunapakai oleh umat Kristian di seluruh rantau Nusantara tanpa mengira samada Alkitab itu diterjemah, dicetak dan diedarkan oleh pihak Gereja di Tanah Melayu, Borneo ataupun Hindia Timur. Setelah kemerdekaan Indonesia (1945) dan Tanah Melayu (1957), perkembangan Bahasa Melayu mengambil halatuju yang tersendiri dikedua-dua negara tersebut.
Pada awal zaman kemerdekaan kedua-dua negara tersebut, versi Alkitab yang lazimnya dipakai oleh umat Kristian di rantau ini adalah Alkitab Shellabear (1912) dan Alkitab Terjemahan Lama (1958) yang menggabungkan Perjanjian Lama Klinkert (1870) dan Perjanjian Baru Bode (1938) di dalam satu edisi. Alkitab Ende (1968) yang diterbitkan oleh Gereja Katolik Rom Indonesia dan Alkitab Terjemahan Baru (1974) yang diterbitkan oleh Lembaga Alkitab Indonesia antara usaha yang pertama untuk menyemak dan menerbitkan penterjemahan Alkitab di dalam Bahasa Indonesia moden. Pada masa yang sama, Persatuan Alkitab Singapura, Brunei dan Malaysia menerbitkan Perjanjian Baharu Berita Baik (1974) di dalam Bahasa Malaysia moden yang kemudiannya disusuli dengan penerbitan edisi Alkitab Berita Baik yang merangkumi teks penterjamahan baru Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru di dalam Bahasa Malaysia moden pada tahun 1987 [6].
Pada tahun 2016, LAB Network (Malaysia) menerbitkan Alkitab Versi Borneo dalam bahasa Malaysia. Alkitab Versi Borneo merupakan terjemahan baru dalam Bahasa Malaysia formal dan lebih mendekati terjemahan harfiah.[7]
Remove ads
Nota kaki
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads