Bilibili

tapak perkongsian video From Wikipedia, the free encyclopedia

Bilibili
Remove ads


Bilibili (atau bilibili, Cina Ringkas: 哔哩哔哩; Cina Tradisional: 嗶哩嗶哩; pinyin: bīlībīlī ), juga digelar B Site (B站, bertentangan dengan A Site untuk AcFun) di China, merupakan sebuah platform video dalam talian berpangkalan di Shanghai, China. Sejak tahun 2010-an Bilibili mula meluaskan lingkungan penggunanya melebihi sekadar lingkungan animasi, komik, dan permainan video (ACG) yang bersifat terpencil, sehingga kini ia merupakan salah satu platform penstriman yang terulung dengan menyiarkan video atas permintaan seperti filem dokumentari, rancangan aneka ragam, serta pelbagai program asli lain.[7]

Fakta Segera Maklumat umum, URL ...
Fakta Segera Jenis/bentuk sah, Didagangkan sebagai ...

Bilibili menawarkan video dari pelbagai genre, termasuk anime, muzik, tarian, sains dan teknologi, hiburan, filem, drama, fesyen, kehidupan harian dan permainan video. Pada masa yang sama Bilibili juga terkenal dengan kepelbagaian video parodi gaya kuso (yakni, video bercirikan jujukan "meme") yang dimuat naik oleh pencipta kandungan subbudaya. Bilibili menyediakan perkhidmatan penstriman langsung supaya penonton dapat berinteraksi dengan penstrim kandungan itu secara langsung. Selain itu, Bilibili juga menawarkan permainan video mudah alih, yang kebanyakannya bertemakan ACG seperti Fate/Grand Order versi bahasa Cina.

Bilibili juga terkenal dengan sistem komen tatalan sari kata berpeluru, yang dikenali sebagai danmu (弹幕) atau "tirai peluru".[8]

Pengasas Bilibili, Xu Yi (Bahasa Cina :徐逸; pinyin: Xú Yì , dengan nama pengguna Bilibili "⑨bishi"), mencipta laman web prototaip bernama Mikufans.cn setelah tamat pengajian kolej selama tiga hari. Dia melancarkan semula laman sesawang tersebut pada 24 Januari 2010 dengan nama Bilibili.[9] Kemudian pada tahun 2011, dia mendirikan sebuah syarikat pemula bernama Hangzhou Huandian Technology Co., Ltd.[10], untuk mengurus pengembangan dan operasi Bilibili. Sejak November 2014, Chen Rui (陈睿) telah menjadi CEO dan Ketua Dewan Bilibili.[11]

Pada tahun 2015, laman Bilibili dianggarkan telah memberi khidmat kepada lebih dari 50 juta pengguna dengan 75% daripadanya berumur kurang dari 24 tahun.[12] Hasil kajian suku tahunan yang dikeluarkan pada S3 2021 menunjukkan bahawa platform syarikat tersebut telah berkembang dengan memberi khidmat kepada sekitar 237 juta pengguna aktif setiap bulan.[13] Pada suku ketiga 2022, bilangan purata pengguna aktif bulanan mencecah kira-kira 332.6 juta, termasuk 28.5 juta pengguna berbayar.[14]

Remove ads

Nota kaki

  1. Untuk mengelakkan percanggahan dengan nama tempatan di Indonesia, versi Indonesia menggunakan nama "Bstation"
  2. Untuk mengelakkan percanggahan dengan nama tempatan di Indonesia, versi Indonesia menggunakan nama "Bstation"
  3. Syarikat saham antarabangsa(struktur VIE
  4. Syarikat ini merupakan entiti operasi yang sebenar. Sebelum Februari 2013, ibu pejabat syarikat ini terletak di Hangzhou, dan nama berdaftar pada masa itu ialah "Hangzhou Huandian Technology Co., Ltd." Kini syarikat tersebut ialah Syarikat Shanghai Huandian.
  5. Pemegang Lesen Penyiaran Program Audiovisual Atas Talian (Lesen Audiovisual) (信息网络传播视听节目许可证; 视听牌照)yang diluluskan oleh Pusat Pentadbiran Radio dan Televisyen Kebangsaan, Republik Rakyat China
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads