Broery Marantika

Pelakon lelaki Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia

Broery Marantika
Remove ads

Broery Marantika kemudian dikenali juga dengan nama Broery Pesulima (25 Jun 1948 – 7 April 2000) adalah penyanyi dan penggubah dari Indonesia kelahiran Ambon. Nama sebenarnya adalah Simon Dominggus Pesulima, tetapi dia tidak menggunakan Pesulima ketika mula-mula dikenali sebagai penyanyi. Sebaliknya, Broery menggunakan nama keluarga Marantika, yakni nama keluarga ayah angkatnya yang juga bapa saudara sebelah ibunya, Paderi Simon Marantika

Fakta Segera Nama lahir, Juga dikenali sebagai ...

Selama kerjayanya dia lebih dikenali dengan nama Broery Marantika meskipun dia telah menukar kepada Pesulima sejak 80-an lagi. Dia dibesarkan oleh keluarga bapa saudaranya, Paderi Simon Marantika. Ayahnya bernama Gijsberth Pesulima sedangkan ibunya bernama Wilmintje Marantika. Broery mempunyai tiga adik beradik iaitu Henky, Freejohn and Hemi.

Salah satu lagunya yang terkenal antara lain adalah Angin Malam dan Mawar Berduri. Ia mengalami angin ahmar pada tahun 1998, setelah itu ia seringkali masuk keluar rumah sakit. Broery meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.

Broery menikah pertama kali di Singapura dengan penyanyi setempat yang namanya tersohor di seluruh Asia, Anita Sarawak. Dalam pernikahan itu, Broery menggunakan nama Broery Ridhwan Abdullah. Setelah bercerai, ia kembali menggunakan nama aslinya dan menikahi Wanda Irene Latuperisa. Mereka mempunyai dua orang anak Indonesia Pesulima dan Nabila Methaya Pesulima.

Remove ads

Diskografi

Album studio

  1. Persembahan Broery (1975)
  2. Balada Seorang Biduan (1975)
  3. Broery Pesulima (1976)
  4. Broery Pesulima In Solo (1978)
  5. Mimpi Di Siang Hari (1978)
  6. Senja Di Kuala Lumpur (1980)
  7. Broery '81 (1981)
  8. Sahabatku (1982)
  9. Balada Seorang Nelayan Tua (1984)
  10. Bahasa Cinta (1987)
  11. Aku Begini Kau Begitu (1988)
  12. Aku Jatuh Cinta (1988)
  13. Siti Nurbaya (1989)
  14. Bukan Tua Kelapa (1990)
  15. Jangan Ganggu Aku (1990)
  16. Seleksi Album Emas (1991)
  17. Hati Yang Terluka (1994)
  18. Biarlah Bulan Bicara (1996)
  19. Setulus Cinta (1997)
  20. Pop Keroncong (1999)
  21. Pamit (2000)

Album lain

  1. White Christmas (1997) - Album Krismas
  2. Selamat Tinggal (2000) - Album Malaysia

:Album koleksi / kompilasi'

Remove ads

Filemografi

Filem

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads