Enggang tanah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Enggang tanah
Remove ads

Enggang tanah (Bucorvidae) ialah keluarga enggang dalam order Bucerotiformes, yang terdiri daripada genus tunggal Bucorvus dan dua spesies yang masih ada. Keluarga ini endemik di Afrika sub-Sahara: enggang tanah utara terdapat di jaluran dari Senegal timur hingga ke Habsyah, dan enggang tanah selatan terdapat di selatan dan timur Afrika.

Fakta Segera Enggang tanah Julat zaman: Miosen Pertengahan hingga kini, Pengelasan saintifik ...

Saiznya besar, dengan ketinggian sekitar satu meter. Kededua spesies ialah penghuni atas tanah, tidak seperti enggang lain. Juga tidak seperti kebanyakan enggang lain, ia bersifat karnivor dan memakan serangga, ular, burung lain, amfibia, dan juga kura-kura.[1] Ia antara burung yang paling lama hidup,[2] dan spesies selatannya yang lebih besar kemungkinan adalah burung yang paling lambat membiak (setiap tiga tahun) dan paling lama hidup antara semua.[3]

Remove ads

Taksonomi

Genus Bucorvus telah diperkenalkan, pada asalnya sebagai subgenus, oleh ahli alamiah Perancis, René Lesson pada tahun 1830 dengan enggang tanah utara, Bucorvus abyssinicus sebagai spesies jenis.[4][5] Nama genusnya berasal daripada nama genus Buceros yang diperkenalkan oleh Carl Linnaeus pada tahun 1758 untuk enggang Asia di mana corvus ialah perkataan bahasa Latin untuk "gagak".[6]

Kajian filogenetik molekul yang diterbitkan pada tahun 2013 mendapati bahawa genus Bucorvus ialah saudara kepada seluruh keluarga enggang.[7]

Genus Bucorvus mengandungi dua spesies:[8]

Maklumat lanjut Gambar, Nama saintifik ...

Enggang tanah prasejarah, Bucorvus brailloni, telah diterangkan berdasarkan tulang fosil di Maghribi, menunjukkan bahawa sebelum glasiasi Kuarterner, genus tersebut sama ada lebih meluas atau tersebar secara berbeza.[9]

Kini dianggap bahawa enggang tanah, bersama-sama Tockus dan Tropicranus (kini dalam Horizocerus), hampir eksklusifnya bersifat karnivor[1] dan tidak mempunyai kantung gelambir yang membolehkan genus enggang lain yang kurang berkait rapat menyimpan buah.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads