Bukittinggi (kota)
kota di provinsi Sumatera Barat, Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Bandar Bukittinggi (Minangkabau: Bukiktinggi; Jawi: بوكيت تيڠڬي) ialah bandar dengan kegiatan ekonomi kedua terbesar di Provinsi Sumatera Barat, Indonesia.[5] Sebagai enklaf dari Kabupaten Agam, bandar ini pernah menjadi ibu negara Indonesia semasa Pemerintahan Darurat Republik Indonesia.[6][7] Bandar ini juga pernah menjadi ibu kota bagi Provinsi Sumatera dan Provinsi Sumatera Tengah.[8] Bandar ini ketika zaman penjajahan Belanda disebut dengan Fort de Kock.[perlu rujukan] Bukittinggi dikenali sebagai bandar perjuangan bangsa dan merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pengasas Republik Indonesia, seperti Mohammad Hatta dan Assaat yang masing-masing merupakan proklamator dan penyandang jawatan presiden Republik Indonesia.
Bandar Bukittinggi terletak dalam rangkaian Banjaran Bukit Barisan atau sekitar 90km arah utara dari Bandar Padang. Bandar ini terletak di tepi Ngarai Sianok dan dikelilingi oleh dua gunung iaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Lokasinya pada ketinggian 909–941 meter dari aras laut menjadikan Bukittinggi bandar berhawa sejuk dengan suhu sekitar 16.1–24.9°C. Luas Bukittinggi secara de jure ialah 145,29km², merujuk kepada Peraturan Pemerintah Nombor 84 tahun 1999.[9] Namun, disebabkan penolakan sebahagian masyarakat Kabupaten Agam, luas bandar secara de facto ketika ini ialah 25,24km², yang menjadikan Bukittinggi sebagai salah satu bandar dengan kawasan tersempit di Indonesia.
Bandar Bukittinggi ialah salah satu pusat perniagaan runcit terbesar di Pulau Sumatera. Pusat perniagaan utamanya terdapat di Pasar Ateh, Pasar Bawah, dan Pasar Aur Kuning. Dari sektor kegiatan ekonomi, Bukittinggi ialah bandar dengan keluaran dalam kawasan kasar kedua terbesar di Sumatera Barat, selepas Bandar Padang.[10] Tempat pelancongan yang dikunjungi ramai ialah Jam Gadang, iaitu sebuah menara jam yang terletak di tengah-tengah bandar yang menjadi simbol bagi Bukittinggi.
Remove ads
Geografi
Bandar Bukittinggi terletak dalam rangkaian Banjaran Bukit Barisan yang merentangi sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi iaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Bandar ini berada pada ketinggian 909–941 meter di atas permukaan laut, dan memiliki hawa sejuk dengan suhu berkisar antara 16.1–24.9°C. Dalam pada itu, daripada jumlah keluasan wilayah Kota Bukittinggi ketika ini (25.24km²), 82.8% telah diperuntukkan menjadi tanah perusahaan, manakala selebihnya menjadi hutan simpan
Bandar ini memiliki topografi berbukit-bukit dan berlembah, beberapa bukit tersebut termasuk dalam kawasan perbandaran, di antaranya Bukit Ambacang, Bukit Tambun Tulang, Bukit Mandiangin, Bukit Campago, Bukit Kubangankabau, Bukit Pinang Nan Sabatang, Bukit Canggang, Bukit Paninjauan, dan sebagainya. Selain itu, terdapat lembah yang dikenal dengan Ngarai Sianok dengan kedalaman yang pelbagai antara 75–110 m, yang di dasarnya mengalir sebatang sungai yang disebut dengan Batang Masang.
Remove ads
Pemerintahan
Sejak tahun 1918, Bandar Bukittinggi telah berstatus gemeente (perbandaran),[11] pada tahun 1930 kawasan bandar ini diperluas menjadi 5.2km².[12] Semasa pendudukan Jepun, kawasan bandar ini kembali diperluas. Kemudian pada awal kemerdekaan Indonesia, berlakunya perselisihan sempadan kawasan bandar ini kerana penentuan sempadan sama ada mengikut ketika pemerintahan Hindia Belanda ataupun Jepun.
Ketika ini, sempadan kawasan pemerintahan bandar dikelilingi oleh Kabupaten Agam, dan konflik antara kedua-dua pemerintah kawasan tersebut mengenai sempadan kawasan masih berlanjutan,[13] lebih-lebih lagi selepas keluarnya Peraturan Pemerintah No. 84 Tahun 1999 mengenai perubahan sempadan kawasan Bandar Bukittinggi dan Kabupaten Agam. Mengikut peraturan pemerintah (PP) ini, luas kawasan Bandar Bukittinggi bertambah menjadi 145,29.90km², dengan memasukkan beberapa nagari yang sebelumnya semasa pendudukan Jepun berada dalam kawasan pentadbiran Bandar Bukittinggi.[14]
Walau bagaimanapun, seiring bergeraknya reformasi pemerintahan yang memberikan hak autonomi yang besar kepada kabupaten dan bandar, muncul kembali penolakan dari masyarakat Kabupaten Agam mengenai perluasan dan pengembangan kawasan Bandar Bukittinggi. Bagi masyarakat Kabupaten Agam yang masuk ke dalam kawasan perluasan bandar ini, merasa rugi kerana dengan kembalinya penerapan model pemerintahan nagari lebih menjanjikan, berbanding berada dalam sistem kelurahan. Selain itu timbul anggapan, masyarakat bandar yang telah rencam juga dikhuatiri akan memberikan kesan kepada tradisi adat dan kekayaan yang selama ini dimiliki oleh nagari.
Datuk bandar
Dewan Perwakilan
Kecamatan
Bandar Bukittinggi memiliki 3 kecamatan dan 24 kelurahan. Luas wilayahnya mencapai 25.24 km² dan penduduk 115.986 orang (2017) dengan kepadatan 4,595 orang/km².[15][16]
Remove ads
Perhubungan

Bandar Bukittinggi terletak di kedudukan strategik Lebuhraya Trans-Sumatera, yang menghubungkan Padang, Medan, dan Palembang, serta berada di antara Padang dan Pekanbaru. Terminal Aur Kuning ialah terminal utama untuk pengangkutan darat di bandar ini. Manakala untuk pengangkutan dalam bandar, terdapat bas mini, teksi, dan bendi (kereta kuda). Berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya, seluruh jalan di bandar ini mempunyai 196km panjang, termasuk jalan negara dan jalan provinsi.
Bandar ini pernah dilalui oleh landasan kereta api yang menghubungkan Payakumbuh dan Padang yang dibina sekitar awal abad ke-20. Namun, pada 1970-an, kemudahan pengangkutan ini tidak dihidupkan lagi. Bandar ini juga pernah mempunyai kemudahan pengangkutan udara bukan piawai (Indonesia: non kelas) yang bernama Lapangan Udara Gadut.[17]
Pelancongan
Bukittinggi merupakan sebuah bandar yang sering dikunjungi pelancong disebabkan iklim dan lokasinya yang agak mudah untuk dikunjungi. Tempat-tempat pelancongan yang ada di situ termasuk:
- Ngarai Sianok (Gaung Sianok)
- Lobang Jepang (Terowong Jepun) - jaringan lubang bawah tanah yang digali orang Jepun ketika Perang Dunia II
- Jam Gadang - menara jam besar yang dibina oleh Belanda pada 1926
- Pasar Atas dan Pasar Bawah
- Taman Bundo Kanduang (Taman Ibu Kandung) - terdapat sebuah replika Rumah Gadang (Rumah Besar), dengan seni bina Minangkabau yang unik dan digunakan sebagai sebuah muzium.
- Istana Bung Hatta
- Monumen Bung Hatta
Remove ads
Bandar kembar
Bandar lain yang menjadi bandar kembar dengan bandar Bukittinggi adalah:
Galeri
- Masjid Bengkudu di dekat Bukittinggi, salah satu masjid tertua di Indonesia
- Bentuk Jam Gadang sebelum tahun 1942
- Masjid di Padang Luar di Fort de Kock (Bukittinggi), 1911
- Pasar Atas masa lampau
- Pasar Atas, pusat perbelanjaan di Bukittinggi di seberang Jam Gadang
- Melihat panorama Bandar Bukittinggi dari benteng Fort De Cock
- Gunung Singgalang 2877 meter
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads