Tulip

From Wikipedia, the free encyclopedia

Tulip
Remove ads

Tulip atau lalah ialah sejenis bunga dalam genus tumbuhan berbunga Tulipa yang mempunyai sekurang-kurangnya 100 spesies dalam keluarga Liliaceae.[1] Spesies-spesies tulip boleh didapati dari kawasan selatan dan tengah Eropah, utara Afrika, Anatolia, Iran, timur ke timur-laut China di Asia.[2]:281

Fakta Segera Tulip Lalah, Pengelasan saintifik ...
Remove ads

Penamaan

Nama tulip (Jawi: توليڤ) diserapkan daripada Belanda: tulp, perkataan ini dipinjamkan daripada Turki Uthmaniyah: دلبند(لاله‎)‎ tulbend(lale) yang bermaksud "(bunga) serban"[3] kerana bentuk bunga ini yang menyerupai serban dipakai lelaki Kesultanan Uthmaniyah, nama ini juga diberikan kepada nama genus Tulipa yang datang daripada bahasa Latin.[2]:285

Nama lalah (Jawi: لاله)[4] dipinjamkan daripada Parsi: لاله‎‎, rumi: lâla.[perlu rujukan]

Remove ads

Botani

Daun-daun pokok tulip tumbuh daripada batang dan disusun berselang-seli, kebanyakan spesies tulip tumbuh 2 hingga enam helai daun sebatang. Sehelai daun pokok tulip panjang dan berwarna hijau kebiruan dengan permukaan yang licin.[5][2]

Bunga

Thumb
TSari kuntum bunga tulip

Sekuntum bunga tulip atau lalah berbentuk cawan terdiri daripada dua lingkaran kelopak; lingkaran luar dicantumkan daripada tiga kelopak berbentuk bujur penuh dan berwarna-warni, manakala tiga kelopak sumbing di atas bercantum membentuk lingkaran dalam.[6]

Remove ads

Spesies terpilih

  • Tulipa acuminata
  • Tulipa agenensis
  • Tulipa armena
  • Tulipa aucheriana
  • Tulipa batalinii
  • Tulipa bakeri
  • Tulipa biflora
  • Tulipa borszczowii
  • Tulipa butkovii
  • Tulipa carinata
  • Tulipa celsiana
  • Tulipa clusiana
  • Tulipa cretica
  • Tulipa cypria
  • Tulipa dasystemon
  • Tulipa didieri
  • Tulipa dubia
  • Tulipa edulis
  • Tulipa ferganica
  • Tulipa gesneriana
  • Tulipa goulimyi
  • Tulipa greigii
  • Tulipa grengiolensis
  • Tulipa heterophylla
  • Tulipa hoogiana
  • Tulipa humilis
  • Tulipa hungarica
  • Tulipa iliensis
  • Tulipa ingens
  • Tulipa julia
  • Tulipa kaufmanniana
  • Tulipa kolpakowskiana
  • Tulipa kurdica
  • Tulipa kuschkensis
  • Tulipa lanata
  • Tulipa lehmanniana
  • Tulipa linifolia
  • Tulipa marjolettii
  • Tulipa mauritania
  • Tulipa micheliana
  • Tulipa montana
  • Tulipa orphanidea
  • Tulipa ostrowskiana
  • Tulipa platystigma
  • Tulipa polychroma
  • Tulipa praecox
  • Tulipa praestans
  • Tulipa primulina
  • Tulipa pulchella
  • Tulipa retroflexa
  • Tulipa saxatilis
  • Tulipa sharonensis
  • Tulipa sprengeri
  • Tulipa stapfii
  • Tulipa subpraestans
  • Tulipa sylvestris
  • Tulipa systola
  • Tulipa taihangshanica
  • Tulipa tarda
  • Tulipa tetraphylla
  • Tulipa tschimganica
  • Tulipa tubergeniana
  • Tulipa turkestanica
  • Tulipa undulatifolia
  • Tulipa urumiensis
  • Tulipa urumoffii
  • Tulipa violacea
  • Tulipa whittalli

Hubungan dengan manusia

Bunga tulip ialah lambang kesyahidan di Iran[7] dan dipaparkan pada bendera kebangsaannya.[8]

Corak bunga tulip didapati pada perhiasan kain, jubin dan pinggang mangkuk dalam Empayar Uthmaniyah.[9][10]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads