Stadium Busch

From Wikipedia, the free encyclopedia

Stadium Busch
Remove ads

Busch Stadium (Melayu: Stadium Busch) dikenali secara tidak formal sebagai "New Busch Stadium" atau "Busch Stadium III", ialah stadium besbol yang terletak di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat. Stadium ini merupakan venue bagi pasukan Major League Baseball, St. Louis Cardinals. Stadium ini memiliki kapasiti tempat duduk sebanyak 44,383, serta 3,706 tempat duduk pasukan dan 61 ruang mewah. Ia telah menggantikan Busch Memorial Stadium (dikenali Busch Stadium II) dan menduduki sebahagian daripada tapak lama stadium tersebut. Satu kawasan komersial yang dikenali sebagai Ballpark Village telah dibina bersebelahan dengan stadium bagi mengingatkan tapak stadium lama berkenaan.

Fakta Segera Alamat, Lokasi ...

Stadium ini telah dibuka pada 4 April 2006 yang melangsungkan perlawanan persahabatan Minor League Baseball. Perlawanan rasmi pertama Major League Baseball diadakan pada 10 April 2006 apabila Cardinals menewaskan Milwaukee Brewers 6–4.

Pada tahun 2004, Presiden Anheuser-Busch sebelum ini iaitu August Busch IV mengumumkan bahawa syarikat gergasi bru itu membeli dan memperoleh hak penamaan selama 20 tahun pada stadium ini. Pemilik pasukan, William DeWitt Jr. berkata: "Dari hari mula-mula kami merancang membina stadium baharu, kami sudah ingin mengekalkan nama 'Busch Stadium.' August Busch IV dan Anheuser-Busch berkongsi impian untuk meneruskan tradisi buat penyokong setia kami dan buat seluruh komuniti St. Louis."[18]

Stadium ini merupakan stadium ketiga di St. Louis yang mengguna pakai nama Busch Stadium. Sportsman's Park telah dinamakan semula kepada Busch Stadium pada tahun 1953. Pemilik pasukan pada ketika itu, August Busch Jr. bercadang untuk menamakan stadium itu sebagai Budweiser Stadium tetapi peraturan liga melarang penamaan stadium sempena minuman alkohol pada ketika itu.[19] Busch menamakan stadium itu sempena dirinya dan syarikat Anheuser-Busch kemudiannya memperkenalkan "Busch Beer". Busch Stadium yang pertama telah ditutup pada 1966 dan pasukan Cardinals, serta pasukan National Football League (NFL) yang menggunakan nama serupa (kini dikenali sebagai Arizona Cardinals) telah berpindah ke stadium pelbagai guna baharu yang bernama Busch Memorial Stadium (Busch Stadium II).[20]

Remove ads

Catatan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads