Kesatuan Demokratik Kristian Jerman

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kesatuan Demokratik Kristian Jerman
Remove ads

Kesatuan Demokratik Kristian Jerman (Jerman: Christlich Demokratische Union Deutschlands, CDU; Sebutan bahasa Jerman: [ˈkʁɪstlɪç ˌdemoˈkʁaːtɪʃə uˈni̯oːn ˈdɔʏtʃlants]) ialah parti politik kedua terbesar di Republik Persekutuan Jerman mengikut jumlah anggota. Sebagai parti yang mengamalkan politik sayap kanan dan tengah, parti demokrasi Kristian dan konservatisme liberal ini turut menganggotai Parti Rakyat Eropah dan juga Kesatuan Demokrat Antabangsa (IDU). Parti ini bergiat aktif di semua negeri di Jerman kecuali di Bavaria. Peranannnya di situ dijalankan oleh Kesatuan Sosial Kristian di Bavaria (CSU). Kedua-dua parti ini bergabung di peringkat persekutuan dengan membentuk satu kumpulan di Bundestag. Kombinasi CDU/CSU ini secara amnya dipanggil Die Union atau Kesatuan.

Fakta Segera Singkatan, Pemimpin/ketua ...

Parti ini sering mempromosi fahaman konservatif yang disesuaikan dengan ciri-ciri kebajikan sosial yang telah menebal di Jerman. Mereka turut dilihat sebagai pro-perniagaan, lebih-lebih lagi apabila bergabung dengan sekutu tradisi mereka - Parti Demokratik Bebas (FDP). Kali terakhir mereka bergabung membentuk kerajaan ialah sepanjang tahun 1982 - 1998 di bawah pimpinan Canselor Helmut Kohl.

Parti ini pernah dipimpin Canselor Jerman kini Angela Merkel, yang mengetuai kerajaan campuran sejak pilihan raya umum 2005 yang menyaksikan tiada satupun daripada dua gabungan tradisi CDU-FDP dan SPD-Hijau berjaya memperoleh majoriti mudah. Kedudukan CDU/CSU semakin kukuh dalam pilihan raya 2009 (239 kerusi) dan 2013 (311 kerusi dan 42% undi). Ia keputusan terbaiknya dalam masa 23 tahun.[4][5] Kepimpinan parti tersebut diserahkan kepada Friedrich Merz sejak pilihan raya dalan parti tersebut pada Januari 2022.

Remove ads

Ideologi

Kepimpinan

Keputusan pilihan raya

Bundestag

Maklumat lanjut Tahun pilihan raya, Ketua ...

Parlimen Eropah

Maklumat lanjut Tahun, Bil. undian keseluruhan ...
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads