Catherine, Puteri Wales
Isteri Putera William, Putera Wales From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Catherine, Puteri Wales, GCVO (diputerakan Catherine Elizabeth Middleton; 9 Januari 1982)[1] ialah ahli kerabat diraja British. Baginda berkahwin dengan William, Putera Wales, bakal raja kepada takhta British, menjadikan Catherine kemungkinan bakal permaisuri.
Diputerakan di Reading, Middleton membesar di Bucklebury, Berkshire. Baginda dididik di Sekolah St Andrew dan Maktab Marlborough sebelum melanjutkan pengajian dalam sejarah seni di Universiti St Andrews di Scotland, tempat baginda bertemu dengan William pada tahun 2001. Baginda pernah bekerja dalam peruncitan dan pemasaran dan menjalankan kerja amal sebelum pertunangannya pada bulan November 2010. Baginda berdua berkahwin pada 29 April 2011 di Westminster Abbey. Paduka anakanda pasangan diraja tersebut—Putera George, Puteri Charlotte, dan Putera Louis—adalah kedua, ketiga, dan keempat dalam susur galur pewarisan takhta British, masing-masing.
Remove ads
Bibliografi
Buku
- HRH The Duchess of Cambridge, "Foreword", in: Bairsto, Alison; Black, Jill; Jeffers, Holly (2014). Living in the Slipstream: Life as an RAF Wife. ISBN 978-1-9097162-47.
- HRH The Duchess of Cambridge, "Foreword", in: National Portrait Gallery (2021). Hold Still: A Portrait of Our Nation in 2020. ISBN 978-1-8551473-86.
- HRH The Duchess of Cambridge, "Foreword", in: GCHQ (2022). Puzzles for Spies. ISBN 978-0-2415799-09.
Rencana dan surat dikarang
- HRH The Duchess of Cambridge (17 Februari 2016). "Let's Make a Real Difference for an Entire Generation of Young Children". HuffPost (ed. UK).
- HRH The Duchess of Cambridge (27 Disember 2019). "An Open Letter from The Duchess of Cambridge to Midwives". The Royal Family.
- First Lady Jill Biden and HRH The Duchess of Cambridge (12 Jun 2021). "This is what our kids deserve". CNN.
Remove ads
Panggilan dan gelaran
- 9 Januari 1982 – 29 April 2011: Cik Catherine Elizabeth Middleton
- 29 April 2011 – 8 September 2022: Yang Teramat Mulia Duchess Cambridge
- Di Scotland: Yang Teramat Mulia Countess Strathearn
- 8 September 2022 – kini: Duli Yang Teramat Mulia Duchess Cornwall dan Cambridge
- Di Scotland: 8 September 2022 – kini: Duli Yang Teramat Mulia Duchess Rothesay
- 9 September 2022 – kini: Duli Yang Teramat Mulia Puteri Wales
Remove ads
Nota
Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads