Ceuta
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sabtah[3] (Arab: سَبْتَة, rumi: Sabtah) atau Ceuta (Sebutan Sepanyol: [ˈθeuta]) adalah sebuah kota eksklaf autonomi di Sepanyol seluas 18.5-kilometer-persegi (7.1 bt2). Ia terletak di pantai utara di benua Afrika, berkongsi sempadan dengan Maghribi. Ia dipisahkan dengan Semenanjung Iberia oleh Selat Gibraltar. Ceuta juga bersempadan dengan Laut Mediterranean dan Lautan Atlantik. Ceuta, selain daripada Melilla sebuah lagi ekslaf milik Sepanyol, merupakan sebuah wilayah dihuni oleh bangsa Sepanyol di tanah besar Afrika. Ceuta merupakan sebahagian wilayah di bawah pentadbiran Cádiz sehingga 14 Mac 1995 apabila status autonominya diluluskan.
Ceuta, seperti Melilla merupakan sebuah pelabuhan bebas sebelum Sepanyol menganggotai Kesatuan Eropah.[perlu rujukan] Setakat tahun 2011, jumlah penduduknya adalah seramai 82,376.[2] dan terdiri daripada Kristian, Muslim (bertutur bahasa Arab dan Berber). Terdapat juga sejumlah kecil penduduk minoriti Yahudi dan India yang beragama Hindu. Bahasa Sepanyol merupakan bahasa rasmi. Majoriti penduduknya adalah orang Sepanyol yang menentang idea untuk bergabung dan diperintah oleh Maghribi.[4]
Pemandangan Ceuta didominasi oleh Bukit-bukau Monte Hacho, di mana terdapatnya suatu bukit yang dikuasai oleh pasukan Sepanyol. Monte Hacho merupakan salah satu calon legenda Greek Tiang Hercules Selatan, calon lainnya adalah Jebel Musa. Pada zaman moden ini, Ceuta terkenal dengan alam kosmopolitannya yang dipengaruhi dengan binaan unik Eropah — semuanya dapat mendokong sektor pelancongan.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
