Chikus

From Wikipedia, the free encyclopedia

Chikusmap
Remove ads

Chikus (Jawi: چيكوس) atau secara rasminya Pekan Chikus (Jawi: ڤكن چيكوس) ialah sebuah pekan kecil yang terletak di dalam Mukim Sungai Manik yang di mana di bawah pentadbiran Daerah Hilir Perak, negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia.[1] Antara pekan yang berhampiran dengan Chikus ialah Langkap di timur dan Pekan Degong di timur laut.[1] Chikus merupakan kawasan sawah padi dan kebanyakan penduduknya ialah orang Melayu.

Fakta Segera Negara, Negeri ...
Remove ads

Etimologi

Chikus merupakan "nama manja" bagi tikus. Harimau dipanggil 'Pak Belang' Buaya dipanggil 'Sang Bedal'. Masalah utama pesawah padi ialah tikus yang boleh memusnahkan pokok-pokok padi yang sedang masak menguning dalam satu malam sahaja. Kepercayaan animisme manyatakan datangnya tikus begitu banyak kerana mendapat bala dari Tuhan kerana melanggar pantang tertentu.Apabila hendak membunuh tikus, tidak bleh lebih tiga kali pukul kerana dianggap menyiksa binatang.

Tuhan dalam konteks ini 'Hyang' iaitu ibu padi. Sembahyang bermaksud menyembah Hyang atau ibu padi. Itulah sebabnya orang Islam yang tahu telah menukar istilah sembahyang kepada solat, pinjaman dari Bahasa Arab.

Remove ads

Geografi

Pekan Chikus terletak di timur Mukim Sungai Manik dan bersempadan dengan Mukim Changkat Jong.

Politik

Pekan Chikus sepenuhnya terletak di dalam kawasan parlimen Pasir Salak dan kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Manik. Sejak 2008, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Sungai Manik ialah Zainol Fadzi Paharudin dari parti Perikatan Nasional (PN).[2] Chikus juga merupakan salah satu daerah mengundi di dalam DUN Sungai Manik.[3]

Pendidikan

Berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), berikut ialah senarai sekolah yang terletak berhampiran dengan Chikus pada tahun 2020 berserta kod sekolah, lokasi dan jumlah pelajar.[4]

Maklumat lanjut Kod sekolah, Peringkat ...
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads