Chuping, Perlis

From Wikipedia, the free encyclopedia

Chuping, Perlis
Remove ads

Chuping merupakan sebuah pekan dan mukim yang terletak di Perlis, Malaysia.[1] Penanaman tebu yang terbesar di Malaysia terletak di sini.[perlu rujukan]

Fakta Segera Mukim Chuping, Negara ...

Semasa dahulu, Bukit Chuping menjadi punca pengeluaran baja tahi kelawar. Bukit Chuping ialah bukit batu mendap batu kapur yang mempunyai gua yang terdapat kelawar. Semasa dahulu, baja tahi kelawar ini satu baja yang ada untuk tanaman terutama tanaman padi kerana ia mengandungi kalsium dan besi yang mengikat fosfat. Apabila baja ini diletakan pada sawah padi yang terendam, pembebasan fosfat dan kalsium menyuburkan lagi tanaman.[perlu rujukan]

Chuping menjadi lokasi pengambaran filem KL Menjerit dan KL Menjerit 1.[perlu rujukan]

Remove ads

Pentadbiran

Mukim Chuping merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perlis. Ia terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar. Pusat bagi mukim Chuping terletak di Pekan Chuping yang menjadi pusat perdagangan utama di mukim ini[2]. Mukim Chuping juga dipecahkan kepada beberapa buah kampung dan taman perumahan. Keluasan mukim Chuping ialah 102 km persegi dan menjadi mukim kedua terbesar di Perlis. Mukim Chuping juga dihuni kira-kira 12,779 orang pada 2010.[3]

Remove ads

Geografi

Mukim Chuping terletak di utara negeri Perlis bersempadan dengan mukim Pedang Siding, Ngulang dan Oran di selatan, Paya dan Beseri di barat, Titi Tinggi di utara dan daerah Sadao, Thailand di timur. Mukim Chuping terkenal dengan kemajuan dalam sektor pertanian dan menjadi kawasan penanaman tebu terbesar di Malaysia.

Demografi

Jumlah penduduk di mukim Chuping ialah sebanyak 12,779 orang mengikut bancian 2010 dengan taburan penduduk 125 orang perkilometer persegi iaitu kategori taburan penduduk sederhana.[3] Majoriti penduduk berbangsa Melayu iaitu 82 peratus dari jumlah penduduk.[4]

Maklumat lanjut Warganegara, Kaum ...
Maklumat lanjut Kumpulan umur, Jumlah ...
Maklumat lanjut Jantina, Jumlah ...

Iklim

Pada 9 April 1998, Chuping telah merekodkan suhu tertinggi dan terpanas di Malaysia iaitu 40.1 °C (104.2 °F).[5]

Chuping menerima lebihan purata hujan sedikit lebih daripada 2,000 mm (79 in) setahun dan kumulatif hujan jika dibandingkan di tempat-tempat lain di Malaysia, kerana itu Chuping dikategori salah satu tempat paling kering di Malaysia. Musim panas kering boleh berlaku ketika bulan Disember hingga Februari, namun boleh lebih lama daripada 100 mm (3.9 in) taburan hujan. Manakala bulan Mac hingga November ialah musim hujan.

Purata hujan Chuping 2013 boleh dibandingkan di tempat-tempat lain dalam Malaysia mengikut Julat Purata Hujan Lokasi-lokasi di Malaysia 2013

Maklumat lanjut Data iklim untuk Hujan Chuping tahun 2013 (Purata Hujan : 2002-2012), Bulan ...
Maklumat lanjut Data iklim untuk Taburan Hujan di Chuping tahun 2012, Bulan ...
Maklumat lanjut Data iklim untuk Taburan Hujan di Chuping tahun 2011, Bulan ...
Maklumat lanjut 'Tahun, 'Taburan hujan ...
Stesen Meteorologi - Chuping
Remove ads

Sistem Pengering Suria

Di Chuping juga terdapat sebuah sistem pengering suria yang dibangunkan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Pengering ini digunakan untuk mengeringkan tanaman kenaf atau Hibiscus Cannabinus L yang banyak ditanam di lembah Chuping. Kenaf merupakan tanaman komoditi ketiga negara selepas kelapa sawit dan getah. Haba suria yang diserap menggunakan teknologi solar thermal akan disimpan di dalam tangki simpanan haba, kemudian disalurkan ke dalam kebuk pengeringan untuk tujuan pengeringan. Penggunaan sistem pengering termaju ini boleh meningkatkan hasil, kualiti dan produktiviti kenaf di Chuping.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads