Cicak

From Wikipedia, the free encyclopedia

Cicak
Remove ads

Cicak atau cecak merupakan sejenis reptilia dalam genus Hemidactylus[2] keluarga Gekkonidae.[3][4] Terdapat 187 spesies yang diketahui[5] dan ditemukan di semua kawasan tropika dunia menjangkau ke kawasan-kawasan subtropika Afrika dan Eropah, spesies baru ditemukan setiap beberapa tahun.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Spesies jenis ...

Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara cicak melarikan diri.

Remove ads

Penamaan

Nama cicak (Jawi: چيچق) dan cecak (Jawi: چچق) diberikan daripada mendengarkan bunyi haiwan tersebut, nama itu asalnya dipakai kepada spesies Hemidactylus frenatus.[6][7] Nama cicak turut dilanjutkan kepada spesies haiwan bersisik yang hampir serupa seperti cicak terbang (Draco volans).[6]

Taksonomi

Nama genus Hemidactylus diberikan Lorenz Oken, seorang ahli alamiah Jerman, pada tahun 1817 kepada spesies yang kini dikenali sebagai Hemidactylus mabouia.[8] Nama spesies tersebut datang daripada kata-kata bahasa Yunani ἡμι hēmi "separuh" and δάκτυλος dáktylos "jari" kerana bahagian bawah jari-jemarinya mempunyai lamela yang terbelah .[9]

Remove ads

Galeri

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads