Pari (buruj)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Pari (buruj)
Remove ads

Pari (Jawi: ڤاري) atau Tohok (Jawi: توهوق) ialah buruj terkecil tetapi antara yang paling terkemuka daripada 88 buah buruj moden. Ia menonjol kerana rupa asterismenya; ia mirip suatu palang atau salib pada asasnya lalu memberi nama saintifik antarabangsa diberi iaitu Crux (Cru) kerana terletak jauh di langit selatan sebagai Palang Selatan atau Salib Selatan. Sungguhpun boleh dilihat oleh orang Yunani Purba, buruj ini dilihat sebagai sebahagian daripada buruj Centaurus (Sentaur), dan tidak ditakrifkan atau dipetakan dengan tepat sehingga abad ke-16.

Fakta Segera Crux, Nama Latin ...

Dikenali sebagai Acrux, Alpha Crucis biru-putih ialah bintang tercerah buruj ini dan bintang bawah bagi palang. Yang hampir-hampir secerahnya ialah Beta dan Gamma, sementara Delta dan Epsilon membentuk asterisme. Banyak bintang lebih cerah dalam buruj ini merupakan anggota Sekutuan Kala–Sentaur, sekelompok longgar bagi bintang-bintang biru-putih panas yang kelihatan mengongsi asal usul dan pergerakan sepunya di sepanjang Bimasakti. Kedua-dua sistem bintang telah ditemui mempunyai planet. Buruj ini juga mengandungi empat buah bintang berubah Cepheid yang boleh dilihat dengan mata kasar dengan keadaan optimum. Crux juga mengandungi Peti Permata, sebuah gugusan terbuka cerah, dan Nebula Karung Hitam, nebula gelap paling prominen di langit.

Remove ads

Nama-nama dipakai

Ia dikenali dengan nama Buruj Pari di Sumatera dan Semenanjung Malaysia sempena rupa ia menyerupai ikan pari,[1][2] Tohok pula kerana ia mirip "ikan tohok" atau ikan tenggiri.[1]

Orang-orang Jawa dan Bugis mengenal rasi ini sebagai "gubuk/rumah miring" (bahasa Jawa: ꦒꦸꦧꦸꦒ꧀​ꦥꦺꦚ꧀ꦕꦺꦁ Gubug Pèncèng, bahasa Bugis: Bola képpang atau Boyang képpang).[3] Nama lain yang dipakai orang Bugis adalah tobalu ("janda", terkait dengan legenda). Orang Bajau di perairan selatan Sulawesi mengenalnya sebagai Lalajah.[2]

Remove ads

Bintang-bintang utama

Bintang-bintang yang berada pada rasi ini adalah:

Maklumat lanjut Nama, Nama lain ...

γ Crucis merupakan antara bintang gergasi merah terdekat yang boleh dicapai dari Bumi.

Remove ads

Hubungan dengan manusia

Pemerhatian buruj ini oleh masyarakat Jawa di langit timur pada awal malam menandakan mulanya mengisi padi dituai ke dalam simpanan lumbung; maka buruj ini turut diberi nama Lintang Lumbung (bahasa Jawa: ꦭꦶꦤ꧀ꦠꦁ​​ꦭꦸꦩ꧀ꦧꦸꦁ​).[2][7]

Masyarakat-masyarakat Hemisfera Selatan menggunakan buruj ini sebagai penunjuk arah selatan di mana 4 12 kali jarak γ Crucis ke α Crucis boleh menuju ke titik berhampiran Kutub Selatan sebenar di Bumi.[5] Kepentingan ini mendorong banyak negara di belah bumi ini memaparkan buruj tersebut pada bendera-bendera dikibarkan termasuk Australia, New Zealand dan Samoa. Begitu juga dengan masyarakat Bugis yang khusus berpandukan dua-dua bintang ini serta β Crucis, δ Crucis dan μ Crucis[3] serta orang Bajau.[2]

Lihat juga

  • Crux (astronomi Cina)

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads