Daniel Radcliffe

Pelakon Inggeris From Wikipedia, the free encyclopedia

Daniel Radcliffe
Remove ads

Daniel Jacob Radcliffe, anak kelahiran Fulham, London, England. Anak kepada Alan Radcliffe dan Marcia Gresham - Radcliffe, dilahirkan pada 23 Julai 1989.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...

Biografi

Personal

Selepas mentandatangani untuk filem pertama siri Harry Potter 1 nya, Daniel mendapat bayaran sebanyak £150,000 ketika dia berumur 11 tahun. Kemudian, untuk filem Harry Potter 2 pula, bayaran diterima adalah sebanyak £ 1.7 juta dan £3.4 juta untuk siri Harry Potter 3. Daniel juga dikatakan menerima sebanyak £ 8 juta untuk filem Harry Potter 5. Dengan kejayaan lakonan dan siri Harry Potter ini, menjadikan Daniel merupakan salah satu remaja paling kaya di Britain dan ketika itu dia berumur 16 tahun dengan kemewahan sebanyak £ 23 juta d idalam simpanannya. [1]

Untuk dua filem terakhir siri Harry Potter iaitu Harry Potter and the Half-Blood Prince dan Harry Potter and the Deathly Hallows, Daniel telah menandatangani kontrak sejumlah £ 25 juta [2] (setiap satu filem).

Kehidupan

Daniel Radcliffe merupakan anak sulung kepada Alan Radcliffe dan Marcia Gresham. Radcliffe bersekolah di Sussex House School, sebuah sekolah lelaki dan kemudiannya berpindah sekolah di City Of London School untuk mengambil peperiksaan AS levels. Daniel mampu mendapat 3 A dalam peperiksaan berikut dan kemudian mengambil keputusan untuk meninggalkan sekolah untuk menumpukan perhatian kepada pekerjaannya di set filem Harry Potter dan wataknya di alam teater.

Remove ads

Anugerah

Percalonan

2006

  • Pelakon Lelaki Muda Terbaik (Anugerah Broadcast Film Critics Association)
  • Pelakon Lelaki Tahunan (Anugerah AOL Moviefone Moviegoer)
  • Persembahan Terbaik oleh Pelakon Lelaki Muda (Anugerah Saturn)
  • Hero Terbaik (Anugerah MTV Movie)
  • Pelakon Berkumpulan Terbaik di Layar Perak (bersama Emma Watson dan Rupert Grint; Anugerah MTV Movie)

2005

  • Persembahan Terbaik oleh Pelakon Lelaki Muda ( Anugerah Saturn)
  • Pelakon Lelaki Muda (Anugerah Broadcast Film Critics Association)

2003

  • Persembahan Terbaik oleh Pelakon Lelaki Muda ( Anugerah Saturn)
  • Lakonan Berkumpulan Terbaik ( Anugerah Phoenix Film Critics Society )
  • Babak Lakonan Yang Paling Susah Dilupai (untuk babak "Harry Lawan Ular Basilisk" dalam Harry Potter and the Chamber of Secrets) (Anugerah American Moviegoer)

2002

  • Persembahan Terbaik oleh Pelakon Lelaki Muda ( Anugerah Saturn)
  • Pelakon Lelaki Muda (Anugerah Broadcast Film Critics Association)
  • Persembahan Lelaki Terbaik (Anugerah MTV Movie)
  • Pelakon Baru Terbaik (Anugerah Phoenix Film Critics Society)
  • Debut Terbaik (bersama Emma Watson dan Rupert Grint) (Anugerah Sony Ericsson Empire)
  • Pelakon Yang Memberangsangkan (Anugerah American Moviegoer)
  • Persembahan Terbaik dalam Filem Fitur: Pelakon Utama - Lelaki Muda (Anugerah Young Artist)
  • Kumpulan Terbaik dalam Filem Fitur (bersama Emma Watson dan Rupert Grint Anugerah Young Artist)
Fail:Normal OUT16055679.jpg
Daniel, Rupert dan Emma dalam pengambaran gambar untuk majalah Entertainment Weekly

Menang

2007

  • Persembahan Lelaki Terbaik (Anugerah Filem Kebangsaan,UK)

2006

  • Pelakon Lelaki Terbaik ( Anugerah Cine, Belgium)
  • Pelakon Filem Lelaki Terbaik (Emas): Anugerah Otto, 2006

2005

  • Pelakon Lelaki Muda Terbaik (Anugerah SyFy Genre)

2004

  • Bintang Kanak-Kanak 10 Terbaik (RTL Television, Jerman)
  • Pelakon Lelaki Yang Memberangsangkan Terbaik (Anugerah Star Channel Star, Jepun)
  • Pencapai Muda Terbaik (untuk pilihan penonton - bawah 16 tahun (Anugerah Relly)
  • Bakat Muda Tahunan (ITV Anugerah Celebrity)
  • Pelakon Wayang Lelaki Terbaik (Anugerah K-Zone Kids, Filipina)
  • Pelakon Filem Lelaki Terbaik (Dutch Anugerah Pilihan Kanak-Kanak)

2003

  • Pelakon Lelaki Muda Terbaik ( Anugerah SyFy Genre)
  • Pelakon Lelaki Terbaik (Anugerah Roadshow Cinema Grand Prix, Jepun)

2002

  • Selebriti Tahunan (Time For Kids)
  • Targa d'Oro ("Plat Emas", Anugerah David di Donatello)
  • Bakat Baru Yang Memberangsangkan (Anugerah Sir James Carreras untuk Anugerah Variety Club Showbusiness)

2001

  • Pencarian Lelaki Muda Tahunan (Hollywood Women's Press Club)
Remove ads

Filemografi

Maklumat lanjut Medium, Projek ...

Rujukan

Pautan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads