Devşirme

From Wikipedia, the free encyclopedia

Devşirme
Remove ads

Devshirme[1] (Turki Uthmaniyah: دوشيرمه, devşirme, adalah satu sistem di mana Empayar Uthmaniyah menghantar pegawai tentera untuk memilih anak-anak lelaki yang berumur sekitar 8 hingga 18 tahun dari masyarakat Kristian di kawasan timur dan selatan Eropah, khususnya rantau Balkan dan Anatolia. Anak-anak yang dikerah akan memeluk agama Islam[2] agar dilatih berkhidmat dengan kerajaan dalam ketenteraan atau perkhidmatan awam terutamanya Janissari.[3][4] Keadaan peluang yang terbuka ini juga menyebabkan ada sebahagian orang tua yang memberi duit suapan kepada petugas untuk mengambil anak mereka menaikkan kedudukan keluarga.[5]

Thumb
Gambaran pengerahan anak-anak muda sebagai perintis Janisari (berbaju merah), lukisan miniatur Uthmaniyah 1558.

Sistem ini dimulakan pada pertengahan abad ke 14 semasa pemerintahan Sultan Murad I untuk mengimbangi pengaruh bangsawan Turki yang semakin meningkat. Namun, sistem devşirme tidak disukai[6] dan ditolak oleh penduduk setempat;[7][8][9][10] malah ia turut dihujahkan bertentangan dengan syariat Islam.[4][11] Dari abad ke-15 sampai akhir abad ke-17, 200–300.000 anak lelaki direkrut dengan sistem ini.[4][11]

Pada pertengahan abad ke17, sistem ini secara beransur ansur mula diabaikan. Akhirnya sistem ini dimansuhkan semasa zaman pemerintahan Sultan Ahmet III.

Remove ads

Sejarah

Sistem devshirme bermula sebagai sistem perhambaan yang diwujudkan pada peringkat awal pemerintahan empayar Uthmaniyah. Pada asalnya ianya terdiri daripada tawanan perang dan hamba.

Sultan Murad I mula membangunkan tentera hamba Kristian (kapıkulları) sebagai tentera pengawal peribadinya. Tentera elit yang berkhidmat terus dengan Sultan telah dibahagikan kepada dua iaitu pasukan berkuda dan infantri.

Pada mulanya, askar yang berkhidmat dalam pasukan ini dipilih daripada tawanan perang. Lama kelamaan sistem yang dikenali sebagai devshirme telah diwujudkan. Dalam sistem ini kanak-kanak Kristian dari kawasan Balkan telah diambil dan dibawa sebagai orang Muslim. Kanak-kanak ini akan dimasukkan ke dalam empat institusi utama: Istana, Penulisan, Keagamaan Dan Ketenteraan. Sesiapa yang terlibat dalam Ketenteraan akan menjadi sebahagian daripada kumpulan Janissari atau pasukan lain. Bagi kanak kanak yang bijak akan dihantar ke institusi Istana (Enderun) akan berpeluang untuk memegang jawatan tinggi dalam kerajaan termasuk jawatan Perdana Menteri iaitu sebagai penasihat Sultan.

Remove ads

Ciri-ciri devshirme

Umur yang paling sesuai untuk diambil adalah sekitar 8 hingga 10 tahun. Pada masa itu sistem devshirme menimbulkan perasaan tidak puas hati oleh masyarakat Kristian di Balkan. Walau bagaimanapun, peluang untuk menjawat jawatan tinggi kerajaan dalam sistem devshirme telah menyebabkan masyarakat Kristian di Bosnia telah meminta pegawai latihan untuk mengambil anak mereka.

Kanak-kanak ini diambil Dari keluarga mereka dan dibawa ke Istanbul. Apabila sampai di sana, mereka memeluk Islam, diperiksa Dan dilatih untuk berkhidmat dengan empayar. Sistem ini menghasilkan pasukan infantri, pentadbir awam dan pegawai tinggi tentera.

Walaupun pengaruh bangsawan Turki semakin berkembang di dalam empayar Uthmaniyah sehingga zaman Sultan Mehmed II, sistem devshirme mula menguasai kelas pemerintah.

Pemimpin dari kelas ini dipilih Dari mereka yang berkebolehan dan dipilih dari institusi Istana yang dikenali sebagai Enderun. Mereka perlu mengiringi Sultan dalam kempen perang tetapi juga dibayar untuk tugas rasmi di sekitar empayar. Bagi yang dipilih untuk institusi Penulisan yang dikenali sebagai Kalemiye juga diberi kedudukan terhormat. Institusi Keagamaan (İlmiye), di mana orang Muslim orthodox diberi pendidikan Dan dihantar untuk berkhidmat di wilayah dan di Istanbul.

Remove ads

Keperluan devshirme dan pengecualian

Sistem ini dilaksanakan setiap empat atau lima tahun sekali dari kawasan desa di kawasan Balkan serta Anatolia dan henya dikenakan ke atas bukan Islam. Sistem ini juga tidak dikenakan ke atas semua bandar. Anak-anak tukang kayu juga dikecualikan kerana pengambilan mereka akan mengancam ekonomi.

Tokoh-tokoh yang pernah berkhidmat sebagai devshirme adalah Skanderbeg, Sinan Pasha and Sokollu Mehmed Pasha.

Anak lelaki yang yatim dan juga anak tunggal dalam keluarga mereka juga dikecualikan daripada sistem ini.

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads