Dialektika

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Dalam bidang falsafah, dialektik[a][1] (daripada Yunani: διαλεκτική, dialektikḗ; seakar dengan perkataan "dialog") atau kaedah dialektik pada asasnya merupakan suatu wacana antara dua atau lebih orang yang memegang pandangan yang berbeza mengenai sesuatu subjek tetapi ingin mendirikan kebenaran melalui hujah-hujah yang beralasan. Konsep ini menyerupai perbahasan namun tidak termasuk unsur-unsur subjektif seperti rayuan emosi dan takrifan moden terhadap retorik.[2][3] Ia boleh dibezakan dengan kaedah didaktik di mana satu sisi perbualan mengajar suatu pihak yang lain. Ia boleh juga difahamkan secara alternatifnya sebagai suatu "logik kecil" berbanding dengan kritikan yang dilihat sebagai "logik besar".

Aspek ini diterapkan dengan tujuan menyelesaikan pertelingkahan pendapat melalui perbahasan dan perbincangan yang penuh rasional[4][5] serta mencari kebenaran dalam perkara yang dibincangkan tersebut.

Remove ads

Lihat juga

  • Dialogia
  • Doublethink
  • Dilema palsu

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads