Dinasti Chakri

Dinasti Thailand From Wikipedia, the free encyclopedia

Dinasti Chakri
Remove ads

Dinasti Chakri atau Wangsa Chakri nama rasmi penuhnya Rajawangsa Chakri (Bahasa Thai: ราชวงศ์จักรี Ratchawong Chakkri disebut [râ:t.tɕʰá.woŋ.tɕàk.kri:] ) merupakan kerabat diraja yang kini memerintah Kerajaan Thailand. Ketua kerabat diraja ini juga merupakan raja negara Thai. Dinasti Chakri telah berkuasa sejak penubuhan Era Rattanakosin dan kota Bangkok pada 1782 setelah berakhirnya pemerintahan Raja Taksin dari Thonburi, apabila ibu negara Siam berpindah ke Bangkok.[1] Dinasti ini ditubuhkan oleh Raja Rama I, seorang panglima tentera Kerajaan Ayutthaya yang berketurunan kacuk Cina dan Mon.

Fakta Segera Wangsa Chakri, Negara ...

Sebelum dinasti ini ditubuhkan, Raja Rama I memegang gelaran Chakri, sebuah gelaran untuk seorang pembesar atau kanselor awam (สมุหนายก Samunayok). Setelah baginda ditabalkan menjadi raja, baginda sendiri memilih nama "Chakri" untuk dinastinya. Jata kerajaan ditubuhkan baginda ini menggabungkan rupa senjata cakeram Sudarshana dan serampang mata tiga Trisula masing-masing merupakan senjata dewa-dewa Wisnu dan Siwa, iaitu betara yang dipercayai rakyat Thai menjelma semula menjadi asal raja mereka.

Remove ads

Keluarga diraja Thailand

Thumb
Gambar foto Mahidol Adulyadej, Putera Songkla dan permaisurinya, Sangwan
Thumb
Kediaman Mahaprasada Chakri (พระที่นั่งจักรีมหาปราสาท Pratinang Chakri Mahaprasat) dalam pekarangan Istana Perama di Bangkok, semayaman utama kerabat wangsa Chakri.

Keluarga diraja terkini merupakan keturunan Putera Mahidol Adulyadej dari Songkla (1891–1929) dan Srinagarindra (kemudiannya Bonda Permaisuri) (1900–95). Mereka menubuhkan Wangsa Mahidol (ราชสกุลมหิดล), sebuah cabang kadet Dinasti Chakri. Putera Mahidol merupakan anak kepada Raja Chulalongkorn dan permaisurinya Ratu Savang Vadhana. Putera ini juga merupakan saudara sebapa Raja Vajiravudh dan Raja Prajadhipok. Setelah kemangkatan Ananda Mahidol (anak sulung lelaki Putera Mahidol), Raja Bhumibol Adulyadej (anak bongsunya) menaiki takhta pada tahun 1946. Pada 1949, Bhumibol berkahwin dengan saudara pupunya, Mom Rajawongse Sirikit Kitiyakara (anak kepada Mom Chao Nakkhatra Mangkala Kitiyakara, cucu Raja Chulalongkorn). Bhumibol akan digantikan oleh puteranya, Vajiralongkorn, Putera Mahkota, pada lewat 2016.

Anggota keluarga

Berikut ialah senarai anggota keluarga diraja:

Anggota keluarga yang lain

  • Puteri Soamsawali (bekas isteri Putera Mahkota dan bonda kepada Puteri Bajrakitiyabha)
  • Khun Ploypailin Jensen (anakanda perempuan sulung Puteri Ubolratana)
  • Khun Sirikitiya Jensen (anakanda perempuan muda Puteri Ubolratana)
  • Thanpuying Dhasanawalaya Sornsongkram (sepupu Putera Mahkota, anakanda perempuan mendiang Puteri Galyani Vadhana)

Anggota keluarga tidak rasmi

  • Putera Juthavachara Mahidol (anakanda pertama Putera Mahkota dengan bekas isterinya)
  • Putera Vacharaesorn Mahidol (anakanda kedua Putera Mahkota dengan bekas isterinya)
  • Putera Chakriwat Mahidol (anakanda ketiga Putera Mahkota dengan bekas isterinya)
  • Putera Vatchrawee Mahidol (anakanda keempat Putera Mahkota dengan bekas isterinya)

Anggota keluarga yang telah mangkat

Remove ads

Sejarah

Raja

Maklumat lanjut Potret, Nama ...

Garis masa

Istana Front Palace

Maha Uparat (มหาอุปราช) atau Krom Phrarajawang Bavorn Sathan Mongkol (Naib atau Raja Kedua Siam) (กรมพระราชวังบวรสถานมงคล) merupakan jawatan yang diberikan kepada putera yang berpangkat paling tinggi dalam kerajaan itu iaitu adinda atau anakanda lelaki raja. Sehingga 1885, setiap raja Chakri telah melantik seorang putera untuk memegang jawatan tersebut. Menurut adat, putera Uparat bakal mewarisi takhta kerajaan. Namun, hanya Putera Isarasundhorn yang berjaya menjadi raja melalui cara ini. Jawatan Uparat sangat berprestij dan statusnya setara dengan raja. Contohnya, Putera Chutami (adik Raja Mongkut) yang diangkat menjadi Naib Raja dan dikurniakan gelaran seperti seorang raja. Jawatan Uparat dimansuhkan oleh Raja Chulalongkorn setelah naibnya, Putera Bovorn Vichaicharn mangkat. Baginda kemudian mengangkat anakandanya yang sulung sebagai Putera Mahkota Siam dan bukan lagi Uparat. [2]

Maklumat lanjut Potret, Nama ...

Istana Rear Palace

Krom Phrarajawang Boworn Sathan Phimuk (กรมพระราชวังบวรสถานพิมุข) atau Rear Palace, merupakan jawatan yang diwarisi daripada Kerajaan Ayutthaya. Namun sejak penubuhan Dinasti Chakri hanya terdapat satu sahaja pemegang jawatan ini iaitu Putera Anurak Devesh, anak saudara Raja Buddha Yodfa Chualoke pada 1785.

Maklumat lanjut Potret, Nama ...

Putera Mahkota

Putera Mahkota Thailand atau Sayam Makutrajakuman (สยามมกุฎราชกุมาร) merupakan jawatan yang dipegang oleh anakanda raja yang bakal mewarisi takhta. Jawatan ini dicipta pada tahun 1886 setelah Raja Chulalongkorn melantik anakanda sulungnya, Putera Vajirunhis. Hanya ada 3 orang putera yang memegang jawatan ini sejak pelantikan Vajirunhis. Putera Mahkota yang terkini ialah Maha Vajiralongkorn yang memegang jawatan ini sejak 1972. Hal ehwal mewarisi takhta ditentukan oleh Rang Undang-undang Pewarisan Takhta 1924 yang diluluskan oleh Raja Vajiravudh.

Maklumat lanjut Potret, Nama ...
Remove ads

Raja Permaisuri

Maklumat lanjut Potret, Nama ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads