Disney+
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Disney+ (disebut Disney Plus)[1][2][3] ialah perkhidmatan langganan video atas permintaan Amerika Syarikat dimiliki dan dikendalikan oleh Walt Disney Direct-to-Consumer & International, suatu cabang daripada The Walt Disney Company.
Ia bertumpu kepada kandungan filem dan televisyen dari Walt Disney Studios dan Walt Disney Television.[4] Filem dan siri televisyen asal berdasarkan harta intelek baru dan sedia ada juga dirancang termasuk kandungan dari Disney, Pixar, Marvel, Lucasfilm, National Geographic dan Star. Perkhidmatan ini bersaing dengan perkhidmatan langganan penstriman video lain seperti Netflix, Apple TV+, dan Amazon Prime Video dan akan melengkapkan ESPN+ dan Hulu sebagai sebahagian daripada strategi over-the-top Disney.
Ia dilancarkan di Kanada, Amerika Syarikat dan Belanda pada 12 November 2019. Indonesia merupakan negara pertama dalam rantau Nusantara mendapatkan perkhidmatan ini melalui klien Hotstar hasil pembelian Walt Disney Company dari Star India.[5] Singapura dan Malaysia menyusul mendapatkan perkhidmatan ini pada 2021 melalui platform STAR;[6] namun Malaysia boleh mendapat akses langganan pra-lancar seawal 2019.[7]
Perkhidmatan ini dibangun berdasarkan kandungan terbitan studio-studio hiburan Disney termasuk Walt Disney Pictures, Walt Disney Animation Studios, Pixar, Lucasfilm, Marvel Studios, National Geographic, dan filem-filem tertentu dari 20th Century Fox, Searchlight Pictures, Hollywood Pictures, dan Touchstone Pictures.[8] Ia akan beroperasi bersama Hulu, Dimana Disney menjadi pemegang saham pengendali setelah pembelian 21st Century Fox.[9] Bob Iger mengatakan bahawa Disney+ bakal berfokus ke hiburan bertemakan keluarga (dan tidak berfokus ke filem berating R atau TV-MA) dan Hulu akan tetap berorientasi pada hiburan umum.[10] Hulu pula akan menjadi perkhidmatan tambahan bagi Disney+.[11]
Remove ads
Pustaka kandungan
Disney+ dijangka akan memiliki sekitar 7,000 episod siri televisyen dan 500 filem,[12] termasuk kandungan dari Disney, Marvel, Pixar, Lucasfilm, 20th Century Studios, dan National Geographic, Juga pelbagai siri televisyen asal dan filem asal dari Disney Channel, dan Freeform, dan juga beberapa tajuk dari 20th Television, dan ABC Studios.[13] Namun perkhidmatan ini juga akan mencakupi beberapa tajuk dari rancangan yang diperoleh dari luar syarikat penerbitan yang tidak secara langsung dibuat oleh Disney atau anak-anak syarikat (seperti eOne's PJ Masks, ia disiarkan di Disney Junior, dengan musim 1 dan 2 tersedia semasa pelancarkan, dan musim 3 dan 4 tersedia semasa semua episod musim tersebut telah ditayangkan). Beberapa filem terbaru dari 20th Century Studios (termasuk filem terbaru Blue Sky iaitu Spies In Disguise) tidak akan hadir baik di Disney+ mahupun Hulu atas kesepakatan penerbitan Fox dengan HBO sehingga 2022.[14] Captain Marvel, Dumbo, dan Avengers: Endgame menjadi filem Disney yang ditayangkan di panggung pertama kali ditayangkan secara eksklusif oleh Disney+.[15] Iger menyatakan bahawa pada akhirnya Disney+ akan menjadi hos untuk semua perpustakaan filem-filem keluaran Disney. Namun, pada 7 November 2019. The Hollywood Reporter menyatakan bahawa kandungan yang berpotensi menimbulkan kontroversi seperti Song Of The South dan beberapa adegan tertentu dari Dumbo (1941) dan Toy Story 2 akan disunting; yang pertama tidak pernah dikeluarkan dalam kaset di AS, tetapi yang dua terakhir telah tersedia tanpa disunting pada kaset selama bertahun-tahun.[16] Dumbo dan beberapa filem Disney akhirnya muncul di Disney+ tanpa disunting, tapi memberikan peringatan pada halaman "Detail" di dalam perkhidmatan ini.[17] Perkhidmatan ini juga memegang hak perkhidmatan penstriman eksklusif terhadap The Simpsons dengan musim 1-30 tersedia semasa dilancarkan.[18]
Awalnya tidak diketahui jika enam filem dari francais Star Wars akan hadir tersedia di Amerika Syarikat semasa pelancaran perkhidmatan ini memandangkan TBS memegang hak perkhidmatan penstriman sehingga 2024 sebagai sebahagian hak televisyen kabel dipersetujui terhadapnya.[19] Namun pada 11 April 2019, ia diumumkan bahawa filemnya akan hadir di samping pelancaran bersama The Force Awakens dan Rogue One.[20] Dengan The Last Jedi akan ditambah pada 25 Disember 2019. Solo dan The Rise Of Skywalker akan tersedia di tahun pertama perkhidmatannya. Hak tayangan The Force Awakens (dan beberapa filem Disney lain) dimiliki oleh rangkaian televisyen premium Starz (kerana sebelumnya mereka ialah penyedia perkhidmatan berbayar untuk keluaran Walt Disney Studios antara 1994 dan 2015). Untuk mendapatkan perlesenan hak penstriman, bahawa Disney dilaporkan telah bersetuju menyediakan penempatan iklan untuk Starz pada akhir proses pendaftaran untuk Disney+ dan ESPN+ pada platform PC dan Android. Tidak akan ada iklan Starz (atau sebarang iklan) yang akan dimasukkan dalam perkhidmatannya.[21]
Di Amerika Syarikat, kebanyakan filem dari Marvel Cinematic Universe tersedia semasa pelancaran, dengan pengecualian empat filem. Diantaranya Thor: Ragnarok, Black Panther (dikeluarkan pada 4 Mac 2020), Avengers: Infinity War (dikeluarkan pada 25 Jun 2020), dan Ant-Man And The Wasp (dikeluarkan pada 29 Julai 2020), kerana ada perjanjian pelesenan dengan Netflix; Dan tiga filem lain The Incredible Hulk, Spiderman: Homecoming, dan Spiderman: Far From Home tidak tersedia kerana hak edarannya masing-masing dimiliki oleh Universal Pictures dan Sony Pictures.[22]
Kandungan penerbitan asal

Siri televisyen asal yang berasal dari Marvel dan Star Wars sedang dibuat, termasuk lapan siri televisyen Marvel Cinematic Universe baru, diantaranya The Falcon And The Winter Soldier, WandaVision, Loki, Siri animasi What If?, Hawkeye, Ms. Marvel, Moon Knight, dan She-Hulk.[23] Dari aset Star Wars diantaranya The Mandalorian, siri televisyen berfokus pasca kejadian The Return Of The Jedi dan sebelum The Force Awakens, siri televisyen terbitan turunan yang saat ini belum memiliki judul berfokus pada kisah Cassian Andor dari Rogue One, musim ketujuh dari siri animasi Star Wars: The Clone Wars, dan siri yang belum memiliki judul yang dibintangi oleh Ewan McGregor sebagai Obi-Wan Kenobi, mengulangi wataknya dari prekuel trilogi.[24] Rencana awal kandungan asal ini dirancang membuat empat hingga lima filem asal dan lima siri televisyen asal dengan anggaran mulai dari $25-100 juta. Pada Januari 2019, dilaporkan bahawa Disney akan menghabiskan anggaran hingga $500 juta dalam kandungan asal di perkhidmatan ini.[25] The Mandalorian sendiri dikahbarkan menghabiskan anggaran sekitar $100 juta.[26]
Remove ads
Ketersediaan

Tersedia
Disahkan untuk pelancaran
Tiada pelancaran atau pengumuman terkini
Remove ads
Catatan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
