Dogol

From Wikipedia, the free encyclopedia

Dogol
Remove ads

Dogol merupakan istilah yang memaksudkan ketiadaan tanduk pada haiwan yang lazimnya tumbuh tanduk, khususnya ternakan, tidak kira sama yang dogol semula jadi menerusi pembiakbakaan terpilih mahupun haiwan bertanduk yang dibuang tanduknya.[1] Dogol semula jadi terjadi pada lembu, yak, kerbau, dan kambing, mengenai kedua-dua jantina sekali; bagi biri-biri pula, boleh jadi kedua-dua jantina bertanduk, kedua-dua dogol, atau betina sahaja dogol. Pembiakbakaan ternakan dogol bermula sejak sekitar 6000 SM.[2]

Thumb
Biri-biri Shetland betina ini dogol semula jadi
Thumb
Anak lembu kasi Red Poll
Remove ads

Genetik

Bagi lembu, alel dogol umumnya dominan berbanding yang bertanduk. Ciri dogol lebih ketara pada baka pedaging berbanding baka susu. Teknologi CRISPR sedang dimajukan untuk mencipta baka susu versi dogol.[3]

Bagi biri-biri, alel bertanduk separa dominan berbanding alel dogol bagi kedua-dua jantina, malah alel dogol hanya dominan bagi betina sahaja.[4]

Perkembangan strain dogol sepenuhnya bagi kambing tidak digalakkan oleh kajian 1944 mengenai hubungan genetik antara gen dogol dan hermaphrodisme (kekhunsaan).[5] Sayangnya, kurangnya kajian mengenai hal ini semenjak itu. Kerbau dogol semula jadi juga ada kecacatan kelamin.[6]

Remove ads

Sebab mendogol

Ternakan dogol digemari ramai penternak atas pelbagai sebab, terutamanya bahawa tanduk boleh membahayakan manusia, ternakan lain atau harta benda. Tanduk juga boleh mengganggu kelengakapan yang dipakaikan pada ternakan ataupun rosak ketika dikendalikan.

Sebaliknya haiwan bertanduk lebih digemari, misalnya untuk membantu pertahanan terhadap pemangsa, membolehkan lekapan kok pada lembu penarik, membolehkan pegangan tangan untuk haiwan kecil seperti kambing, ataupun atas sebab estetika semata-mata – sesetengah baka mengehendaki tanduk dikekalkan untuk tujuan pameran.

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads