Domain peringkat tinggi umum
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Domain peringkat tinggi umum (gTLD) adalah salah satu kategori domain peringkat tinggi (TLD) diuruskan oleh Internet Assigned Numbers Authority (IANA) untuk kegunaan dalam Sistem Nama Domain Internet.
Secara keseluruhan, IANA ketika ini membezakan kumpulan domain peringkat tinggi berikut:[1]
- domain peringkat tinggi infrastruktur (arpa)
- domain peringkat tinggi kod negara (ccTLD)
- domain peringkat tinggi diantarabangsakan (IDN)
- domain peringkat tinggi kod negara diantarabangsakan (ccIDN)
- domain peringkat tinggi ujian
- domain peringkat tinggi generik (gTLD)
Remove ads
Domain peringkat tinggi baharu
Terbaru pada 20 Jun 2011, lembaga ICANN mengundi untuk menamatkan kebanyakan sekatan terhadap akhiran domain peringkat tinggi generik (gTLD) yang dibenarkan daripada 22 domain sedia ada (seperti .com, .gov, .edu).[2][3] Syarikat dan pertubuhan boleh memilih pada dasarnya akhiran sembarangan untuk nama domain internet mereka. Penggunaan aksara bukan-Rumi (seperti Cyril, Arab, Cina) juga akan dibenarkan dalam gTLD. ICANN akan mula menerima permohonan gTLD baharu pada 12 Januari 2012.[2] Harga awal untuk permohonan akhiran baharu ini ialah $185,000, dengan yuran tahunan $25,000.[3] Dijangkakan banyak perbadanan akan memohon mendapat gTLD sendiri berdasarkan jenama. ICANN menjangkakan kelompok pertama gTLD ini akan mula beroperasi menjelang akhir 2012.[4] Badan itu melihat peraturan baharu ini akan mengubah wajah internet dengan nyata sekali.[5]
Penganalisis industri meramalkan 500–1000 gTLD baharu akan didaftarkan,[3] kebanyakannya membayangkan nama syarikat dan produk, namun ada juga nama generik seperti .bank dan .sport. Menurut Theo Hnarakis, ketua eksekutif Melbourne IT, keputusan ICANN ini membolehkan perbadanan mengawal jenama mereka dengan lebih menyeluruh. Sebagai contoh, .apple atau .ipad akan membawa pelanggan terus ke keluaran berkaitan."[3]
Empat senarai yang menjejak pemohon gTLD baharu termasuklah .Nxt,[6] New TLDs.tv,[7] Valideus, dan Registries.tel.[8]
Remove ads
Perkembangan Selepas Pusingan Pertama (2012–kini)
Selepas pelaksanaan pusingan pertama gTLD baharu pada 2012, sebanyak 1,930 permohonan telah diterima, dan lebih 1,200 domain peringkat tinggi baharu telah berjaya dilancarkan, termasuk domain generik seperti .guru, .tech, dan domain jenama seperti .google dan .barclays. Kini, ICANN bersiap untuk membuka pusingan baharu pada tahun 2026, dengan jangkaan lebih 3,500 permohonan. Yuran permohonan juga telah meningkat kepada $227,000[9], dan jumlah pelaburan keseluruhan boleh mencecah $400,000 apabila mengambil kira kos perundangan, teknikal dan operasi l. [10] The New gTLD Applicant Guidebook telah diterbitkan oleh ICANN pada 30 Mei 2025 bagi pusingan seterusnya, dan ICANN kini sedang menerima ulasan awam terhadap kandungan panduan tersebut.[11][12]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads