Electronic Entertainment Expo
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Electronic Entertainment Expo (bahasa Melayu: Ekspo Hiburan Elektronik), seringkali disingkatkan sebagai E3, merupakan sebuah ekspo untuk industri permainan video komputer dan lain-lain dipersembahkan oleh Entertainment Software Association (ESA). Ekspo ini digunakan oleh ramai pembangun permainan video untuk menunjukkan judul-judul permainan video mereka yang akan datang selain daripada perkakas komputer.
E3 dianggap sebagai salah satu ekspo terulung dalam industri permainan video[1] dan kebanyakan para kritik permainan video, termasuklah GameSpot, G4, IGN dan Game Informer Magazine merekodkan ekspo tahunan ini secara rutin dan kadang-kala mempersembahkan beberapa siri anugerah E3.
Pada 12 Disember 2023, ESA mengumumkan penamatan ekspo tersebut selama-lamanya.[2]
Remove ads
Nota-nota
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
