Ediakara
nama tempoh geologi ketiga dan terakhir era Neoproterozoik From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Ediakara[3] ialah nama sesuatu tempoh geologi yang menjangkaui tempoh masa selama 94 juta tahun, bermula dengan pengakhiran Tempoh Kriogen pada sekitar 635 juta tahun dahulu (jtd) sehingga bermulanya Tempoh Kambria pada 541 jtd. Ia menandakan berakhirnya Eon Proterozoik dan bermulanya Eon Fanerozoik. Tempoh ini diberi nama sempena Bukit Ediakara di Australia Selatan.[4]
Tempoh Ediakara disahkan sebagai tempoh geologi rasmi oleh Kesatuan Sains Geologi Antarabangsa (IUGS) pada tahun 2004, menjadikan Ediakara tempoh geologi pertama yang diklasifikasi selepas 120 tahun.[5][6] Walaupun tempoh ini mengambil namanya dari Bukit Ediakara yang merupakan tempat ahli geologi Reg Sprigg menjumpai fosil eponim biota Ediakara pada tahun 1946[7], bahagian bawah stratanya adalah ditemui di dasar Caruk Enorama[8] dalam Gaung Brachina[9][10] di Banjaran Flinders di Australia Selatan, pada 31°19′53.8″S 138°38′0.1″E.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
