Elizabeth Tan
Penyanyi dan pelakon Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Elizabeth Tan Su Mei (谭素美; lahir 18 November 1993) yang dikenali sebagai Elizabeth Tan dan juga Lizzy ialah seorang penyanyi, model dan pelakon wanita Malaysia.[1] Elizabeth memulakan kerjaya muziknya dengan menghasilkan single "Knock Knock" (2014),[2] "Setia" menampilkan Faizal Tahir (2015)[3] dan "Tabah" (2016).[4] Selain itu, beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium (2015) arahan Shy8.[5] Bakatnya dalam bidang muzik turut mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Artis Baharu Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2015.[6]
Remove ads
Kehidupan awal
Elizabeth dilahirkan pada 18 November 1993 di Kuala Lumpur sebagai Elizabeth Tan Su Mei. Beliau merupakan anak bongsu daripada 3 beradik, abang sulungnya, Andrew Tan ialah bekas peserta Malaysian Idol musim pertama.[6] Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Gombak, Selangor. Beliau telah menamatkan pengajian di Dallas, Texas, Amerika Syarikat.[7]
Kerjaya
Elizabeth Tan, lebih mesra dengan panggilan Lizzy memulakan kerjaya muzik dengan memuatnaik videonya di YouTube.[8] Hanya dengan berbekalkan sebuah ukulele, Lizzy mampu menyampaikan lagu-lagu saduran dengan begitu baik dan antara lagu saduran yang sudah dihasilkannya ialah lagu "Pencuri"; nyanyian asal Mark Adam, "Kantoi" oleh Zee Avi, Maafkan Aku dan beberapa lagu nyanyian Yuna seperti "Terukir Di Bintang", "Deeper Conversation" dan banyak lagi lagu lain.[6][9][10]
Beliau mula mencuri perhatian ramai menerusi lagu "Havoc", yang juga nyanyian asal Joe Flizzow pada hujung 2014. Selepas video tersebut dimuat naik, beliau dihubungi oleh banyak syarikat rakaman bagi menjadikannya seorang artis rakaman.[11]
Elizabeth kemudian menjadi artis Faithful Music milik Faizal Tahir, di bawah pengurusan Paranormal Talents. Antara kelebihan lain yang terdapat pada Elizabeth ialah kefasihannya bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan turut menyanyikan banyak lagu Melayu membuatkan ramai peminat mudah mendekatinya. Beliau juga turut tampil dengan video klip rasmi pertama iaitu lagu "Royals" nyanyian asal Lorde yang turut menyaksikan Elizabeth berduet bersama No Noise Percussion. Beliau muncul bersama single "Knock Knock" hasil nukilan Faizal dan Mike Chan,[12] ia merupakan sebuah lagu rancak tentang seorang gadis yang memberi amaran kepada orang yang cuba mengujinya agar tidak melukai hatinya dan mengkhianati perasaannya.[13][14]
Beliau juga pernah tampil di stesen TV di Indonesia dalam beberapa program televisyen seperti Sarah Sechan, Ini Talkshow dan Music Everywhere.[15] Elizabeth juga menyanyikan lagu "Selamat Hari Raya" dan video tersebut dimainkan sepajang Ramadan. Elizabeth membuat penampilan filem pertamanya dengan bergandingan bersama Usop Wilcha menerusi filem komedi Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium arahan Mamat Khalid, beliau memegang watak sebagai Tyra Vlad.[16]

Pada Januari 2016, Elizabeth melancarkan lagu "Are You Leaving Now" sebagai single bahasa Inggeris sulungnya, lagu ini dicipta oleh Audi Mok manakala liriknya ditulis oleh beliau sendiri.[17][18] Elizabeth meninggalkan Paranormal Talents pada 15 Mac 2017 untuk menguruskan sendiri kerjayanya tanpa bantuan pengurus peribadi, malah kontraknya bersama Faithful Music juga tamat pada tarikh sama.[19]
Elizabeth merupakan salah seorang dari 11 penyanyi tempatan dan seberang yang merakamkan semula lagu "Kau Ilhamku". Penyanyi yang terlibat termasuk penyanyi asalnya Man Bai, Joe Flizzow, Siti Nurhaliza serta penyanyi Indonesia termasuk Afgan Syah Reza dan Cita Citata.[20] Lagu ini dipromosikan sebagai jingle iklan untuk kerjasama antara perkhidmatan penstriman Yonder Music dan syarikat telekomunikasi Celcom Axiata.[21]
Pada September 2016, Elizabeth bersama Faizal Tahir dan Jaclyn Victor terlibat dalam kempen #bersatuTENAGA anjuran Tenaga Nasional Berhad di mana mereka menyanyikan lagu bertajuk "Terangi Hidupku" sempena ulang tahun ke-53 penubuhan Malaysia pada 16 September 2016.[22]
Pada 31 Julai 2017, Elizabeth memegang watak Maya Adrianna dalam siri drama komedi romantik My Darling, Inspektor Daniel terbitan Skop Productions arahan Aziz M. Osman ditayangkan menerusi slot Mega Drama di Astro Ria menggantikan drama Mencintaimu Mr. Photographer.[6][23][24] Beliau bergandingan dengan Aaron Aziz, Siti Elizad, Dazrin Kamarudin dan Erra Fazira.[25][26][27]
Pada tahun yg sama iaitu 11 Disember 2017, Mengikut sebuah artikel FaceBook "ROTIKAYA" nyatanya "Bertentang mata nampak Alvin Chong & Elizabeth Tan" Gambar menunjuk bahawa beliau pernah bertemu dengan Alvin Chong. Seperti dirinya ia juga dikenali sebagai salah seorang pelakon dan penyanyi kaum cina yang terkenal dalam industri hiburan cina dan merupakan legenda yang telah mencipta nama dalam industri hiburan melayu dengan karya-karya yang menarik perhatian sama ada kerjaya lakonan mahupun kerjaya nyanyian. Walaupun pengiktirafan mereka berdua tidaklah setinggi mana ketika itu. Sehinggalah sekarang buktikan mereka sudah tidak tergantikan di kalangan hati orang cina dalam industri hiburan melayu.
Beliau mempunyai peranan sebagai Suzy, seorang pelajar kolej yang mengamalkan gaya hidup bebas dalam Gerak Khas episod "Jerat Kekasih" yang turut dibintangi oleh Josiah Hogan yang memegang watak Robert. Elizabeth melancarkan dua single pada 2018—"Police Entry" yang dikeluarkan pada Julai,[28][29][30] diikuti oleh "Semua Sudah" pada Disember.[31][32][33]
Elizabeth menjadi teraju utama bersama Zul Ariffin dalam filem Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof yang ditayangkan pada 21 Februari 2019.[6][34][35][36] Filem yang menjalani penggambaran di Bukit Fraser, Pahang turut dibintangi oleh Rosyam Nor, Namron, Sasqia Dahuri dan ramai lagi.[37][38] Selain itu, beliau turut menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem itu yang bertajuk "Hidup Semula".[39]
Elizabeth berlakon di samping Syafiq Kyle dalam drama Senafas Rindu, memegang dua watak sebagai Vivianna/Siti Nur Ain.[40] Single terbaru beliau, "SHH" dikeluarkan pada Disember 2019.[41]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Elizabeth mempunyai sikapnya yang sering memendam perasaan sejak kecil.[42] Sekitar Januari 2017, beliau menjalin hubungan dengan seorang pemuda Melayu, meskipun sebelum ini memberikan alasan kesibukan serta fokus pada kerjaya membuatkan dirinya terpaksa melupakan seketika hal peribadi.[43][44] Elizabeth juga menyifatkan dirinya seorang yang pemalu.[45][46] Beliau juga menafikan dirinya mengalami kemurungan disebabkan putus cinta sehingga ingin membunuh diri,[47] dan mendedahkan kehadiran orang ketiga punca putus cinta.[48][49]
Aktivisme
Pada 22 Mac 2019, Elizabeth dilantik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai duta bagi mempromosikan pasukan badminton negara. Menurut Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, pemilihannya sebagai duta mengambil kira populariti beliau di media sosial dan peminat dalam kalangan remaja. "Kita merasakan bahawa kehadiran Elizabeth Tan akan memberi lebih impak terutama untuk menarik minat generasi muda. Kita tahu bahawa Elizabeth mempunyai pengikut yang ramai hampir 2 juta. Elizabeth berkata mengenai pelantikannya: "Ramai orang kenal Datuk Lee Chong Wei sahaja bila sebut badminton. Tapi ramai tidak tahu, negara mempunyai ramai pemain yang bagus, berdisiplin. Lizzy juga akan kongsikan persiapan pemain negara sepanjang tahun sebelum menghadapi kejohanan. Selain itu, Lizzy akan memberikan sokongan kepada skuad badminton negara sama ada menerusi media sosial mahupun hadir ke venue,". Menurut Elizabeth, beliau dan bapanya berkongsi minat dengan sukan badminton dan tugas pertamanya ialah di Kejohanan Terbuka Malaysia dari 2 hingga 7 April 2018 di Arena Axiata di Bukit Jalil.[50][51][52][53][54]
Diskografi
Single
Lain-lain
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Videografi
Muzik video
Penajaan
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads