Elliot Page

From Wikipedia, the free encyclopedia

Elliot Page
Remove ads

[1]Ellen Grace Philpotts-Page; dilahirkan pada 21 Februari 1987)[2]Ellen Page merupakan seorang pelakon Kanada. Beliau memulakan kerjaya awalnya di Kanada dengan membintangi beberapa siri televisyen seperti Pit Pony, Trailer Park Boys, dan ReGenesis. Beliau kemudiannya menceburi bidang lakonan filem perdana dan berjaya mencuri tumpuan selepas membintangi filem drama tahun 2005 Hard Candy. Untuk watak tersebut, beliau berjaya memenangi Anugerah Persatuan Pengkrititk Filem Austin untuk Aktres Terbaik. Dalam memegang watak utama filem Juno (2007, diarah oleh Jason Reitman), beliau telah berjaya menerima pencalonan aktres terbaik untuk Anugerah Akademi, BAFTA, Golden Globe dan Anugerah Screen Actors Guild serta memenangi anugerah-anugerah lain menerusi Anugerah Independent Spirit, Anugerah Filem MTV dan Anugerah Teen Choice untuk Aktres Terbaik dalam Komedi.

Fakta Segera Ellen Page, Kelahiran ...

Watak terkenal yang pernah dipegang oleh Page ialah Katherine "Kitty" Pryde dalam filem adaptasi komik popular Amerika Syarikat X-Men: The Last Stand (2006) dan X-Men: Days of Future Past (2014). Persembahan beliau di dalam filem tersebut telah menerima pencalonan untuk Anugerah Teen Choice Movie Scene Stealer. Watak-watak lain termasuklah An American Crime (2007), The Tracey Fragments (2007), di mana Page berjaya memenangi Anugerah Filem Pengkritik Vancouver untuk pelakon wanita terbaik), Smart People (2008), Whip It (2009), Super (2010) dan Inception (2010). Beliau juga merupakan pengalih suara, pelakon gerak dan model untuk karakter Jodie Holmes di dalam permainan video: Beyond: Two Souls (2013).

[1]

Remove ads

Kehidupan awal

Page dilahirkan dan dibesarkan di Halifax, Nova Scotia, Kanada. Beliau merupakan anak kepada Martha Philpotts, seorang guru, dan Dennis Page, seorang pereka grafik.[3] Beliau bersekolah di Halifax Grammar School sehingga gred 10, dan pernah bersekolah untuk jangka masa yang pendek di Sekolah Menengah Queen Elizabeth. Beliau menamatkan pengajian di Sekolah Shambhala pada tahun 2005. Selain itu, Page turut menghabiskan masa dua tahun di Toronto, Ontario dan mengambil jurusan program interaksi di Akademi Vaughan Road, bersama dengan kawan rapat dan pelakon Kanada, Mark Rendall. Semasa beliau membesar, beliau sering bermain dengan patung aksi dan memanjat pokok.

Remove ads

Kerjaya

Thumb
Page pada 2007

Page mula berlakon pada usia empat tahun, muncul dipelbagai persembahan lakonan pentas di sekolahnya. Beliau memulakan lakonan dihadapan kamera apabila berpeluang membintangi filem cereka televisyen CBC berjudul Pit Pony pada 1997. Selepas itu, beliau diundang untuk membintangi beberapa lagi filem televisyen di Kanada. Beliau membawa watak Treena Lahey dalam musim kedua siri TV Trailer Park Boys. Pada usia 16 tahun, beliau membintangi sebuah filem british berjudul Mouth to Mouth, sebuah filem independent yang membuat penggambaran di Eropah. Page membintangi Hard Candy pada 2005 dan mendapat pujian sebagai "salah satu persembahan yang kompleks, mengerikan dan menakutkan untuk tahun ini".[4] Beliau juga muncul dalam X-Men: The Last Stand sebagai Kitty Pryde (Shadowcat), seorang wanita yang mampu berjalan menerusi dinding. Dalam Filem X-Men sebelumnya, watak itu hanya dilakonkan aktres lain sebagai kameo dan bukannya watak utama.

Dalam Filem Juno, Page mendapat banyak pujian; A. O. Scott dari The New York Times mengelarnya sebagai "Luarbiasa Berbakat"[5] dan Roger Ebert dipetik, "Adakah lagi persembahan yang lebih baik dari Ellen Page dalam Juno untuk tahun ini".[6] Page di calonkan dalam "Academy Award for Best Actress" untuk lakonannya dalam Juno, tapi tewas kepada Marion Cotillard untuk Filem La Vie en rose. Wataknya itu, bagaimanapun, membawa kejayaannya memenangi beberapa penghargaan lain, termasuk di "Canadian Comedy Award", "Independent Spirit Award", dan "Satellite Award". Page turut membintangi Filem Smart People yang ditayangkan pada 2008.


Beliau membintangi Filem Aksi Super pada 2010,[7] and will reportedly play Stacie Andree in an upcoming film about Laurel Hester.[8]

Sehingga 2010, beliau menjadi jurucakap untuk Cisco Systems.

Pada April 2011, Page telah diumumkan bakal tampil disisi Woody Allen untuk Filem To Rome with Love yang turut dibintangi Jesse Eisenberg, Penélope Cruz, dan Alec Baldwin.[9]

Pada Jun 2012, Syarikat Quantic Dream, mengumumkan sebuah projek video game berjudul Beyond: Two Souls yang mana Page akan membawa peranan protagonis Jodie Holmes. Ia diumumkan bakal dipasarkan pada musim panas 2013 [10][11]

Pada Bulan Januari 2013, Bryan Singer dipetik dilaman Twitter sebagai berkata Page bakal kembali memegang wataknya sebagai Katherine "Kitty" Pryde dalam Filem X-Men: Days of Future Past.[12][13]

Pada Bulan Februari 2013, Page mengesahkan Filem arahan pertamanya berjudul "Miss Stevens" akan turut dibintangi Aktres Anna Farris.[14]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Pada tahun 2008, Page merupakan salah seorang daripada 30 selebriti yang terlibat dalam satu siri iklan atas talian untuk " Kempen Amerika Syarikat untuk Burma" yang menggesa penamatan pemerintahan diktator di Burma.[15]Beliau menggelar dirinya sebagai feminis pro-pilihan. beliau menghadiri sekolah Buddha pada zaman remajanya dan mengamalkan yoga dan meditasi. Selain itu, dia juga mengamalkan gaya kehidupan vegan (diet tanpa produk haiwan) dan PETA telah menamakan dia dan Jared Leto sebagai "vegetarian" yang terseksi pada tahun 2014. Beliau adalah seorang ateis.

Pada 14 Februari 2014, Page melala diri sebagai seorang lesbian dalam satu ucapan persidangan Kempen Hak Kemanusiaan "Masa untuk Perkembangan" di Las Vegas. Pada tahun 2014, Page dimasukkan dalam senarai tahunan "40 bawah 40" dalam majalah "The Advocate".

Pada September 2015, beliau mengesahkan dia mempunyai hubungan dengan artis dan peluncur ombak Samantha Thomas, yang telah menemaninya ke tayangan perdana dunia filem "Freeheld" di Festival Filem Antarabangsa Toronto. Pada bulan Oktober, dia telah membincangkan perihal hubungannya di rancangan "The Ellen DeGeneres Show".

Page menetap di Halifax, Nova Scotia dan mempunyai dua ekor anjing bernama Julie dan Sprout.[16][17]

Filemografi

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Maklumat lanjut Year, Title ...
Maklumat lanjut Year, Title ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

  • Nominated for the BAFTA 2008 Orange Rising Star Award

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads