Eos
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Eos (Yunani Ionia and Homerik: Ἠώς, Ēōs; Attika: Ἕως, Héōs, "fajar", Error: {{AFA}}: unrecognized language tag: ɛːɔ̌ːs atau héɔːs; Aeolia: Αὔως, Aúōs; Doria: Ἀώς, Āṓs)[3] ialah dewi fajar dalam mitologi Yunani. Dia anak kepada dua Titan, Hyperion dan Theia. Dia kakak perempuan kepada Helios, dewa matahari, dan Selene, dewi bulan.
Dalam tradisi dan puisi Yunani, dia disifatkan sebagai seorang dewi dengan nafsu yang rakus, bercinta dengan ramai kekasih untuk kepuasannya dan melahirkan beberapa orang anak. Seperti bentuk setaranya dalam mitologi Rom (Aurora) dan Rigveda (Ushas), Eos merupakan dewi subuh yang diwarisi daripada agama Indo-Eropah, Hausos. Eos, atau bentuk lamanya dalam budaya Indo-Eropah Purba (IEP), turut mempunyai beberapa persamaan dengan dewi cinta Aphrodite, yang mungkin menandakan pengaruh Eos padanya ataupun asal usul yang sama bagi kedua-dua orang dewi tersebut. Dalam catatan yang masih wujud, Aphrodite ialah punca Eos mempunyai banyak hubungan cinta dengan menyumpah Eos agar berasa amat berahi yang tidak dapat dipuaskan terhadap lelaki manusia.
Dalam sastera Yunani yang kurang lazim ditemui, Eos anak kepada seorang Titan bernama Pallas. Setiap hari dia membawa kereta kudanya, menandakan bermulanya hari dan kedatangan adik lelaki dia. Disebabkan ini, gelarannya yang paling biasa ditemui dalam epik-epik Homer ialah Rododaktilos, atau "berjari merah jambu", merujuk kepada warna langit pada waktu fajar, dan Erigeneia, "yang awal dilahirkan". Biarpun banyak dikaitkan dengan fajar dan awal pagi, Eos kadangkala menemani Helios sepanjang perjalanan dia, jadi Eos sehinggakan dapat dilihat pada waktu senja.
Eos jatuh cinta dengan lelaki manusia beberapa kali, dan akan menculik mereka sama seperti sesetengah dewa lakukan pada wanita manusia. Kekasih manusia dia yang paling terkenal ialah Putera Tithonus dari Troia, yang Eos menjanjikan hidup abadi tetapi bukan awet muda, menyebabkan Tithonus menua tanpa mati selama-lamanya. Dalam cerita lain, Eos menculik Cephalus dari Athens, tetapi akhirnya melepaskan Cephalus selepas dia meminta-minta dikembalikan kepada isteri dia—namun itu selepas Eos menghina-hinanya, menyebabkan mereka berpisah. Terdapat lagi kekasih dan kisah cinta antara lelaki manusia dan dewa dengan Eos oleh pelbagai penyair merentas berabad-abad.
Eos muncul dalam pelabagai karya sastera dan puisi purba tetapi walaupun berasal daripada budaya Indo-Eropah, tidak banyak bukti yang menunjukkan Eos pernah mempunyai kumpulan pemuja khas pada zaman klasik.
Remove ads
Mitos
Eos dipercayai keluar rumahnya, yang terletak di pinggir sungai Okeanos untuk membawakan cahaya dan memencarkan malam pada setiap pagi untuk mengejutkan saudaranya, Helios. Eos membukakan gerbang langit supaya Helios dapat menaiki kereta kudanya merentas langit setiap hari.
Galeri
- Eos dalam seni
- Aurora dan Cephalus daripada fresko Kecintaan Para Dewa.
- Eos memandu kereta empat kuda, daripada pasu antik.
- Eos dalam sarkofagus Selene dan Endymion.
- Serpihan Eos yang membawa lari Cephalus, dari Delos
- Eos menculik Tithonus, Muzium Arkeologi Florence.
- Eos dan Tithonus, oleh Sebastiano Ricci.
- Céphale dan Aurore, François Boucher.
- Ukiran Eos membawa lari seorang lelaki daripada Milos.
- Jam Perancis dengan Eos.
- Eos menyaksikan pertempuran antara Memnon dan Achilles.
- Eos dan Tithonus oleh Sebastiano Ricci.
- Pasu Etruscan Thesan (Eos) menculik Tinthu (Tithonus), sekitar 525–500 SM.
- Dewi Fajar, Jorgen Dreyer (1932)
- Jam poket dengan sarung perak dengan Eos dan Cephalus (perincian), abad ke-18.
Remove ads
Rujukan
External links
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
