Estrogen

From Wikipedia, the free encyclopedia

Estrogen
Remove ads

Estrogen merupakan satu kelompok sebatian yang dinamai sempena kepentingannya dalam kitaran pembiakan haid mahupun estrus. Estrogen merupakan hormon seks betina utama. Estrogen semula jadi semestinya hormon steroid, sementara sesetengah estrogen sintetik (buatan) bukan steroid. Istilah estrogen datang dari bahasa Yunani iaitu terdiri daripada οἶστρος (oistros), yang bererti "langau" secara harfiah tetapi juga kata kiasan bagi keberahian atau nafsu seksual,[1] dan akhiran -gen, yang bermaksud "pengeluar".

Fakta Segera Pengenal kelas, Kegunaan ...
Thumb
Estriol. Perhatikan dua kelompok hidroksil (-OH) yang bersambung pada lingkaran D (lingkaran paling kanan).
Thumb
Estradiol. Perhatikan satu kelompok hidroksil yang bersambung pada lingkaran D. 'di' ini memaksudkan hidroksil tersebut dan juga yang terdapat pada lingkaran A (paling kiri).
Thumb
Estron. Perhatikan kelompok keton (=O) yang bersambung dengan lingkaran D.

Estrogen disintesiskan bagi semua vertebrat[2] dan juga sesetengah serangga.[3] Kehadirannya dalam vertebrata dan serangga membayangkan bahawa hormon seks estrogenik mempunyai sejarah evolusi yang purba.

Seperti semua hormon steroid, estrogen senang membaur ke seluruh membran sel. Setelah memasuki sel, estrogen mengikati dan menghidupkan reseptor estrogen yang natijahnya mengubah-ubah pernyataan kebanyakan gen.[4] Tambahan pula, estrogen pernah didapati menghidupkan suatu reseptor berganding protein G, iaitu GPR30.[5]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads