Etruria
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Etruria adalah rantau lembangan terletak di tengah Semenanjung Itali dibatasi sungai-sungai Arno dan Tiber.

Para penduduk kawasan Etruria membentuk suatu ketamadunan besar menggabungkan 12 negara kota dalam suatu jaringan persekutuan yang berpengaruh luas sampai ke wilayah Eropah dan Afrika Utara di kemuncaknya pada abad ke-5 SM. Namun setelah empat abad kemudian, daerah ini sepenuhnya dikuasai oleh bangsa Roma baru.
Remove ads
Penamaan
Nama tempat ini sempena para penduduk ketamadunan yang wujud dalam kawasan tersebut diketahui dalam kalangan orang Rumawi dengan nama Etruscī yakni bentuk jamak Tuscus.[1][2][3] Ahli bahasa percaya bahawa Tusci ialah perkataan Umbria untuk "orang Etruscan," berdasarkan papan tulis gangsa purba dari wilayah berdekatan.[4] Inskripsi tersebut mengandungi frasa turskum ... nomen, yang bermaksud "nama Tuscan". Berdasarkan pengetahuan tentang tatabahasa Umbria, ahli bahasa dapat menginferens bahawa bentuk dasar bagi perkataan turskum ialah *Tursci,[5] yang melalui metatesis dan penambahan vokal pada permulaan perkataan, mungkin akan menghasilkan bentuk E-trus-ci.[6] Bagi maksud asal akar perkataan *Turs-, terdapat satu hipotesis yang dipetik secara meluas bahawa ia, seperti perkataan Latin turris, bermaksud "menara", dan berasal daripada kata Yunani kuno τύρσις tursis "menara": ,[7][8] Berdasarkan hipotesis ini, orang Tusci digelarkan "orang yang membina menara"[7] atau "pembina menara".[9] Etimologi ini lebih diyakini kerana orang Etruscan cenderung membina bandar di atas tebing tinggi yang dikukuhkan dengan tembok. Selain itu, Giuliano dan Larissa Bonfante berpendapat bahawa rumah-rumah Etruscan mungkin kelihatan seperti menara kepada orang Latin yang lebih sederhana.[10] Etimologi ini telah lama dicadangkan, oleh Dionysius dari Halicarnassus yang mencatatnya pada abad pertama SM, "[T]iada sebab mengapa orang Yunani tidak memanggil [orang Etruscan] dengan nama ini, baik kerana mereka tinggal di menara mahupun daripada nama salah seorang pemerintah mereka."[11] Dalam kamus etimologi terbarunya untuk bahasa Yunani, Robert Beekes menyatakan bahawa perkataan Yunani tersebut adalah "kata pinjaman dari satu bahasa Mediterranean," suatu hipotesis yang telah diperkenalkan oleh Paul Kretschmer dalam rencana Glotta pada tahun 1934.[12][13]
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
