Piawaian emisi Eropah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Piawaian emisi Eropah menetapkan had yang boleh diterima bagi pengeluaran asap ekzos kenderaan kenderaan baru yang dijual di negara-negara ahli Kesatuan Eropah. Piawaian emisi ini ditakrifkan dalam satu siri arahan Kesatuan Eropah dengan pengenalan progresif bagi piawaian yang semakin ketat secara berperingkat-peringkat.


Buat masa sekarang, pengeluaran gas nitrogen oksida (NOx), jumlah hidrokarbon (THC), hidrokarbon bukan metana (NMHC), karbon monoksida (CO) dan partikel halus (PM) dikawal bagi kebanyakan jenis kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, bas, lori, kereta api, traktor dsb., tetapi tidak termasuk kapal laut dan kapal terbang. Bagi setiap jenis kenderaan, piawaian berbeza dikenakan. Pematuhan ditentukan dengan menjalankan enjin semasa kitar ujian. Kenderaan yang tidak lulus piawaian tidak dibenarkan untuk dijual di Kesatuan Eropah, tetapi piawaian baharu tidak dikenakan kepada kenderaan sedia ada di jalan raya. Tiada penggunaan teknologi khusus yang diwajibkan untuk memenuhi piawaian, walaupun teknologi sedia ada dipertimbangkan semasa merangka piawaian. Model baharu yang diperkenalkan mestilah lulus piawaian semasa atau yang sedang dirancang, tetapi rujukan model dengan kitar hayat pendek boleh terus ditawarkan dengan enjin pra-lulus.
Remove ads
Pelepasan CO2
Dalam Kesatuan Eropah, pengangkutan jalan raya bertanggungjawab kepada lebih kurang 20% daripada keseluruhan pelepasan CO2, dengan kereta penumpang menyumbang lebih kurang 12%.[1]
Sasaran yang ditetapkan semasa Protokol Kyoto ialah pengurangan sebanyak 8% pelepasan asap di kesemua sektor ekonomi berbanding paras tahun 1990 menjelang 2008-2012.
Pelepasan CO2 relatif bagi pengangkutan naik dengan pantas akhir-akhir ini, daripada 21% daripada jumlah pada tahun 1990 kepada 28% pada tahun 2004,[1][2][3] tetapi setakat ini tiada piawaian bagi mengehadkan pelepasan CO2 daripada kenderaan.
Kadar emisi CO2 kenderaan dalam EU kini dianggarkan lebih kurang 3.5% of daripada jumlah pelepasan CO2 global.
Remove ads
Pelepasan toksik: peringkat dan rangka kerja perundangan
Peringkat-peringkat tersebut selalunya dirujuk sebagai Euro 1, Euro 2, Euro 3, Euro 4 dan Euro 5 bagi piawaian Kenderaan Tugas Ringan. Siri yang sama bagi Kenderaan Tugas Berat pula menggunakan nombor Roman dan bukannya nombor Arab (Euro I, Euro II, dsb.)
Rangka kerja perundangan terdiri daripada satu siri arahan, iaitu setiap pindaan kepada Arahan 70/220/EEC 1970.[4] Berikut merupakan senarai rumusan piawaian, bila ia dikuatkuasakan, terpakai kepada kenderaan yang mana, serta arahan EU yang mana yang menyediakan definisi piawaian.
- Euro 1 (1993):
- Bagi kereta penumpang - 91/441/EEC.[5]
- Juga kepada kereta penumpang dan lori ringan - 93/59/EEC.
- Euro 2 (1996) bagi kereta penumpang - 94/12/EC (& 96/69/EC)
- Bagi motosikal - 2002/51/EC (row A)[6] - 2006/120/EC
- Euro 3 (2000) bagi mana-mana kenderaan - 98/69/EC[7]
- Bagi motosikal - 2002/51/EC (row B)[6] - 2006/120/EC
- Euro 4 (2005) bagi mana-mana kenderaan - 98/69/EC (& 2002/80/EC)
- Euro 5 (2008/9) dan Euro 6 (2014) bagi kenderaan penumpang ringan dan komersial - 715/2007/EC[8]
Had-had ini memansuhkan arahan asal bagi had emisi 70/220/EEC.
Piawaian emisi bagi kereta penumpang

Piawaian emisi bagi kereta penumpang dan kenderaan komersial ringan dirumuskan dalam jadual berikut. Sejak peringkat Euro 2, peraturan EU memperkenalkan had-had emisi berbeza bagi kenderaan diesel dan petrol. Kenderaan diesel mempunyai piawaian CO yang lebih ketat tetapi membenarkan pelepasan NOx yang lebih tinggi. Kenderaan petrol dikecualikan daripada piawaian partikel halus (PM) sehingga peringkat Euro 4, tetapi enjin dengan suntikan terus tertakluk kepada had 0.005 g/km bagi Euro 5 dan Euro 6. Piawaian partikel halus merupakan sebahagian daripada Euro 5 dan 6, tetapi masih belum muktamad. Piawaian tersebut akan didefinisikan secepat mungkin dan paling lambat pun semasa penguatkuasaan Euro 6.[8]
Kesemua tarikh yang disenaraikan di dalam jadual merujuk kepada pengesahan jenis baharu. Arahan EC juga memperincikan tarikh kedua — setahun kemudian — yang terpakai pada pendaftaran pertama bagi model kenderaan sedia ada dan diluluskan sebelum ini.
Piawaian emisi Eropah bagi kereta penumpang (Kategori M*), g/km
Piawaian emisi bagi kenderaan komersial ringan
Piawaian emisi Eropah bagi kenderaan komersial ringan ≤1305 kg (Kategori N1-I), g/km
Piawaian emisi Eropah bagi kenderaan komersial ringan 1305 kg – 1760 kg (Kategory N1-II), g/km
Piawaian emisi Eropah bagi kenderaan komersial ringan >1760 kg maksimum 3500 kg. (Kategori N1-III & N2), g/km
Piawaian emisi bagi lori dan bas
Sementara bagi kereta penumpang, piawaian ditakrifkan mengikut jarak perjalanan kenderaan, g/km, bagi lori pula ia ditakrifkan mengikut keluaran tenaga enjin, g/kWj, maka ia tidak boleh dibandingkan. Jadual berikut mengandungi rumusan piawaian emisi dan tarikh penguatkuasaanya. Tarikh di dalam jadual merujuk kepada pengesahan jenis baharu; tarikh bagi semua pengesahan jenis bagi kebanyakan kes ialah setahun kemudian (pengesahan jenis EU sah lebih lanma daripada setahun).
Nama rasmi kategori ialah enjin diesel tugas berat, yang secara amnya termasuk lori dan bas.
Piawaian Emisi EU bagi Enjin Diesel Tugas Berat, g/kWj (asal dalam m−1)
Piawaian Emisi bagi Kenderaan Barangan Besar
Remove ads
Lihat juga
- Piawaian emisi
- Pelepasan asap kenderaan bermotor
Nota
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
