Evan N'Dicka
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Obite Evan N'Dicka (lahir 20 Ogos 1999) merupakan pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi pertahanan untuk kelab Jerman, Eintracht Frankfurt dan pasukan kebangsaan bawah-21 Perancis.
Beliau merupakan pemain lepasan akademi Auxerre dan melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior pada Januari 2017 semasa berusia 17 tahun. Beliau menghabiskan separuh musim berikutnya bersama Auxerre dengan tampil dalam 14 perlawanan sebelum berpindah ke kelab Bundesliga, Eintracht pada Julai 2018.
Remove ads
Kerjaya kelab
Auxerre
Dengan menyertai kelab dari Ligue 2 iaitu Auxerre pada usia 13 tahun, N'Dicka berjaya menjadi pemain lepasan akademi sebelum melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior pada 27 Januari 2017 ketika meraih kemenangan tipis 1–0 ke atas Clermont.[2][3] Beliau telah menandatangani kontrak pertamanya bersama kelab pada 5 Februari. Beliau seterusnya melakukan 14 penampilan bersama kelab pada musim berikutnya sebelum berpindah ke kelab Bundesliga, Eintracht Frankfurt dengan nilai perpindahan yang dilaporkan sebanyak 5.5 juta euro.[4]
Eintracht Frankfurt
Pada 5 Julai 2018, N'Dicka diikat oleh Eintracht dengan rundingan kontrak selama lima tahun.[5] Beliau seterusnya menjadi tonggak utama pasukan dan sering menampilan diri mewakili pasukannya di kejohanan Liga Europa. Pada Februari 2019, prestasinya telah membolehkannya untuk merangkul anugerah "Bundesliga Rookie of the Month" iaitu sebuah anugerah bulanan yang diberikan kepada pemain bawah-23 yang beraksi cemerlang pada bulan-bulan tertentu. Di samping itu, beliau juga telah dicalonkan ke dalam anugerah "Rookie of the Season".[6][7] Sejak itu, beliau hanya terlepas satu perlawanan untuk saki-baki musim yang menyaksikan pasukannya terlepas tiket ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah.[8]
Remove ads
Kerjaya antarabangsa
N'Dicka telah dilahirkan di Perancis dan berasal daripada keturunan Cameroon.[9] N'Dicka telah mewakili Perancis di peringkat bawah-16 dan bawah-17. Beliau telah dipanggil oleh pasukan bawah-18 buat pertama kali oleh pengurus Bernard Diomède pada Mac 2017.[10][11]
Statistik kerjaya
- Sehingga 13 Jun 2020.[12]
- Termasuk Coupe de France dan DFB-Pokal.
- Penampilan di Liga Europa UEFA
Catatan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads