F4F Wildcat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Grumman F4F Wildcat merupakan sebuah pesawat pejuang yang berpangkalan di atas kapal pengangkut pesawat. Ia digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan Tentera Laut Diraja Britain pada tahun 1940. Meskipun digunakan dalam pertempuran buat pertama kalinya oleh Britain di Eropah, Wildcat adalah satu-satunya pesawat pejuang Tentera Laut A.S atau Kor Marin Amerika Syarikat dalam Perang Dunia II pada tahun 1941-42 di Medan Pasifik selain kemunculan singkat pesawat F2A Buffalo.
Pesawat ini kemudian digantikan dengan pesawat F6F Hellcat yang lebih laju dan mengatasi pesawat Zero. Walaubagaimanaun, FM Wildcat terus dibina oleh General Motors, disepanjang peperangan bagi berperanan sebagai pesawat pengiring kapal pengangkut, di mana penggunaan pesawat pejuang yang lebih besar dan berat tidak dapat digunakan.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads