Fidel Castro
pemimpin Cuba (1959-2008) From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Fidel Alejandro Castro Ruz (Sebutan Sepanyol: [fiˈðel ˈkastro] (
audio); 13 Ogos 1926 - Havana November 25, 2016) ialah ketua Cuba sejak 1959 sewaktu beliau menggulingkan rejim Fulgencio Batista melalui Gerakan 26 Julai. Sebagai pemimpin utama Revolusi Cuba, Castro menjadi Perdana Menteri Cuba dari Februari 1959 hingga Disember 1976, dan kemudian Presiden Cuba. Pada tahun-tahun yang berikutnya, Castro mengubah Cuba menjadi negara komunis pertama di Hemisfera Barat. Castro mengumumkan persaraan beliau sebagai Presiden Cuba pada 18 Februari 2008.[1][2][3] Castro juga merupakan Setiausaha Pertama Parti Komunis Cuba dari pengasasannya pada 1961 hingga April 2011. Dalam kedua-dua jawatan, beliau digantikan oleh adiknya Raúl Castro, yang pernah menjadi Menteri Pertahanan di bawahnya antara 1959 dan 2008.[4]
Castro mula-mula menarik perhatian dalam arena politik Cuba melalui aktivisme pelajarnya. Nasionalismenya yang bersifat terus terang, dan kritiknya yang radikal terhadap Batista dan pengaruh korporat dan politik Amerika Syarikat membawanya pengikut serta kritikan dan perhatian daripada pihak berkuasa. Kemudian, kepimpinan serangan Tangsi Moncada pada 1953, buangan yang berikutnya serta serangan gerila ke atas Cuba pada Disember 1956 mengeratkan kemasyhurannya di seluruh dunia. Sejak Castro naik ke takhta kerajaan pada 1959, beliau telah memeliharakan profil yang tinggi serta menimbulkan perbalahan. Castro merupakan seorang pemimpin yang amat berkontroversi dan telah dipandang oleh sebahagian orang sebagai diktator, tetapi ada juga yang memandangnya sebagai pemimpin yang sah dan popular.
Dari segi antarabangsa, selepas kegagalan Serangan Teluk Babi oleh Amerika Syarikat ke atas Cuba pada 1961, kepimpinannya telah ditandai dengan:
- Ketegangan dengan Amerika Syarikat;
- Pakatan dengan Kesatuan Soviet (yang menghasilkan Krisis Peluru Berpandu Cuba pada 1962) sehingga keruntuhannya pada 1991; dan
- Campur tangannya di banyak negara Dunia Ketiga.
Dalam negeri, Castro menyelia perlaksanaan reformasi tanah, mengikuti dengan pengkolektifan pertanian, pemiliknegaraan industri-industri Cuba yang utama, dan penyediaan kemudahan kesihatan dan pendidikan yang percuma.
Remove ads
Letak jawatan
Pada 31 Julai 2006, Castro menugaskan adiknya Raúl Castro sebagai Presiden Majlis Negara, Presiden Jemaah Menteri, Setiausaha Pertama Parti Komunis Cuba dan jawatan panglima besar angkatan tentera. Pemangkuan sementara ini dilakukan sementara Fidel pulih daripada pembedahan akibat "masalah usus akut dengan pendarahan berterusan".[5]
Pada 19 Februari 2008, Fidel Castro mengumumkan meletak jawatan sebagai Presiden Cuba dan Panglima Angkatan Bersenjata Cuba.[6] Dewan Perhimpunan Kebangsaan Cuba (Parlimen) setuju melantik adiknya Raúl Castro yang 5 tahun lebih muda menggantikan beliau secara tetap.[4]
Pada 19 April 2011, Castro meletak jawatan daripada Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Cuba,[7] dan dengan itu turun sebagai pemimpin parti tersebut. Raúl Castro dipilih menggantikan beliau.[8]
Remove ads
Meninggal Dunia
Fidel Castro menghembuskan nafas terakhir pada 25 November 2016 pada usia 90 tahun.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
