Finneas O'Connell
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Finneas Baird O'Connell (lahir 30 Julai 1997) juga dikenali sebagai Finneas (FINNEAS),[2][3] ialah penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, pemuzik dan pelakon Amerika Syarikat. Beliau telah mengeluarkan beberapa single dan telah menulis muzik untuk artis lain, termasuk adiknya Billie Eilish. Sebagai pelakon, O'Connell membintangi filem bebas pada tahun 2013, Life Inside Out.[4] Beliau juga terkenal dengan wataknya sebagai Alistair dalam siri TV Fox, Glee.[5] Pada tahun 2011, beliau memegang watak Spencer dalam filem Bad Teacher. Beliau juga muncul dalam siri ABC, dalam dua episod Modern Family[5] dan dua episod Aquarius.[6]
Remove ads
Kehidupan dan kerjaya

Finneas dilahirkan kepada pelakon Maggie Baird[7][8] dan Patrick O'Connell[9], dan berketurunan Ireland dan Scotland.[10] Beliau memegang watak Alistair di musim terakhir siri televisyen komedi muzikal Glee pada tahun 2015. O'Connell membesar di Los Angeles dan mula menulis dan menerbitkan lagu pada usia 12 tahun.[11] Beliau ialah penyanyi utama dan penulis lagu kumpulan The Slightlys, yang telah memenangi penghargaan dan pertandingan di daerah Los Angeles.[12] Finneas menulis dan menerbitkan lagu untuk adiknya, penyanyi Billie Eilish. Beliau kemudian menulis dan menerbitkan EP sulung Eilish, Don't Smile at Me yang menduduki di nombor #14 di US Billboard 200.[13][14] O'Connell berkhidmat sebagai penerbit dan penulis bersama atau penulis di album sulung Billie, When We All Fall Asleep, Where Do We Go?, yang menduduki #1 di carta lagu Amerika Syarikat dan United Kingdom.[15]
Single pertama Finneas, "New Girl", dikeluarkan pada tahun 2016.[16] Muzik video untuk single ini dikeluarkan pada tahun 2019, diarahkan oleh Emma Sydney Menzies dan dibintangi Finneas dan Yasmine Vega.[17] Beliau muncul demgan single kedua, "I'm in Love Without You" pada tahun 2017 dan mula mengeluarkan lapan single pada tahun 2018, "Break My Heart Again", "Heaven", "Life Moves On", "Landmine", "Hollywood Forever", "College", "Luck Pusher" dan "Let's Fall in Love for the Night". Pada awal 2019, Finneas menjayakan persembahan utama pertamanya yang habis dijual di New York dan Los Angeles.[18][19] Finneas melancarkan EP sulungnya, Blood Harmony pada 4 Oktober 2019.[20]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Finneas menjalin hubungan dengan YouTuber Claudia Sulewski.[21] Beliau melancarkan lagu "Claudia", sebuah single yang ditulis sebahagiannya selepas malam pertama mereka bertemu.[22] Finneas dan adiknya, Billie Eillish, keduanya menyatakan bahawa mereka mengalami sinestesia.[23]
Diskografi
- Blood Harmony (2019)[24]
Lagu yang ditulis dan diterbitkan
Filemografi
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads