Franky

From Wikipedia, the free encyclopedia

Franky
Remove ads

Franky (フランキー, Furankī), juga digelar "Cyborg" Franky ("サイボーグ"フランキー, "Saibōgu" Furankī), atau nama asalnya Cutty Flam (カティ・フラム, Kati Furamu) adalah ahli ketujuh yang menyertai Kumpulan Lanun Bertopi Jerami sebagai tukang kapal dalam manga dan anime One Piece.

Fakta Segera Kemunculan pertama, Profil ...

Franky mudah dikenali melalui penampilannya, dia memakai celana renang sepanjang masa, rantai besi sebagai rantai leher dan kemeja Hawaii yang tidak dibutangkan, cara pemakaian bajunya mungkin diilhamkan daripada watak Ace Ventura di dalam filem Ace Ventura When Nature Call lakonan Jim Carrey, malah bentuk rambutnya jugak diilhamkan daripada watak tersebut. Franky berbadan sasa, lengannya pula besar dan menonjol seperti watak Popeye dan di cacah dengan bentuk bintang sudut lima berwarna merah. Dia memiliki dagu yang berbelah 3.

Beliau sebenarnya salah seorang yang dianggap sebagai tukang kapal berlegenda kerana pernah menjadi perantis serimala kapal manusia ikan bernama Tom. Sebelum menyertai kumpulan bertopi jerami Franky menjadi ketua untuk 'Ahli Keluarga Franky' yang terdiri dari kalangan samseng dari pulau Water Seven. Setelah tamat peperangan di Enies Lobby, Franky menjadi ahli rasmi menyertai kumpulan bertopi jerami setelah dipaksa dengan pujukan.

Remove ads

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads