Fred Durst

Penyanyi dan pengarah filem Amerika Syarikat From Wikipedia, the free encyclopedia

Fred Durst
Remove ads

William Frederick Durst (lahir 20 Ogos 1970) ialah penyanyi, pelakon dan pengarah filem Amerika Syarikat. Beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan rap rock, Limp Bizkit, ditubuhkan pada 1994, di mana beliau merakamkan enam album studio.

Fakta Segera Maklumat latar belakang, Nama lahir ...
Remove ads

Kerjaya

Durst menubuhkan Limp Bizkit, bersama Sam Rivers dan John Otto. Wes Borland kemudian turut bergabung, diikuti oleh DJ Lethal pada 1995.[1]

Album-albumnya, di antaranya Three Dollar Bill Y'All$ (1997), Significant Other (1999), Chocolate Starfish and the Hotdog Flavored Water (2000), New Old Songs (2001), Results May Vary (2003), The Unquestionable Truth (Part 1) (2005), Greatest Hitz (2005) dan The Unquestionable Truth (Part 2).[2][3]

Selain itu, Durst juga turut membintangi siri TV, Revelations (2005), di mana beliau menjayakan watak Odgen dalam filem yang ditayangkan di NBC. Durst juga pernah muncul dalam siri TV, Population 435 bersama Jeremy Sisto, dengan wataknya sebagai polis Bobby Caine.[4][5]

Remove ads

Diskografi

Album bersama Limp Bizkit
  • Three Dollar Bill, Y'all$ (1997)
  • Significant Other (1999)
  • Chocolate Starfish and the Hot Dog Flavored Water (2000)
  • Results May Vary (2003)
  • Gold Cobra (2011)
  • Stampede of the Disco Elephants (TBA)

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads