GNOME

From Wikipedia, the free encyclopedia

GNOME
Remove ads

GNOME ialah sebuah perisian persekitaran atas meja bebas. GNOME merupakan sebahagian daripada Projek GNU, iaitu sebuah projek yang mempunyai wawasan membangunkan sebuah sistem pengendalian yang terdiri daripada 100% perisian bebas. GNOME menyediakan antara muka pengguna grafik dan biasanya dipasang pada Linux atau sistem-sistem pengendalian ala UNIX yang lain.

Fakta Segera Pembangun, Pelancaran pertama ...

Nama GNOME merupakan akronim bagi GNU Network Object Model Environment (terjemahan: persekitaran model objek rangkaian GNU).

GIMP ialah satu contoh perisian penggunaan popular yang dicipta khusus untuk GNOME. Namun begitu, dengan bantuan pustaka GTK+ yang silang pelantar, GIMP boleh juga dipasang pada sistem-sistem pengendalian yang lain seperti Windows dan Mac OS X.

Remove ads

Sejarah

Pada tahun 1996, projek KDE telah dimulakan. KDE sendiri sedari mula adalah bebas dan bersumber terbuka, namun ahli-ahli projek GNU bimbang akan kebergantungan KDE denganpada masa ituperkakas widget bukan GPL, Qt, yang ketika itu dimiliki oleh Trolltech. Pada bulan Ogos 1997, dua projek telah dimulakan sebagai maklum balas bagi isu ini: set alat Harmony, pengganti bebas bagi pustaka Qt, dan GNOME, meja berbeza yang tidak menggunakan Qt[1] tetapi GTK+, yang dipayungi Lesen Awam Am Lemah GNU (LGPL), sebuah lesen perisian bebas yang membenarkan perisian yang tak serasi GPL dikaitkan kepadanya. Meja GNOME sendiri dilesenkan di bawah LGPL untuk pustaka-pustakanya, manakala GPL bagi aplikasi yang merupakan sebahagian daripada projek GNOME. Melesenkan set alat dan pustaka di bawah LGPL membolehkan aplikasi yang ditulis untuk GNOME menggunakan set lesen yang lebih meluas (termasuk lesen perisian hak milik).[2] Ketua dan pengasas terawal bagi GNOME ialah dua orang pengaturcara Mexico yakni Miguel de Icaza dan Federico Mena.

Nama

Nama "GNOME" ialah singkatan bagi GNU Network Object Model Environment, maksudnya "Persekitaran Model Objek Rangkaian GNU". Ia merujuk kepada tujuan utama GNOME yakni mencipta rangka kerja objek teragih serupa dengan OLE Microsoft.[3] Namun ini bukan lagi visi teras projek GNOME, dan kepanjangan namanya kini dianggap basi. Daripada hal ini, sesetengah ahli menyokong singkatannya dibuang dan nama "GNOME" diganti dengan "Gnome".[4]

Remove ads

Persaingan dengan KDE

KDE—juga sebuah persekitaran atas meja bebas—ialah pesaing ketat GNOME dan sering digunakan sebagai alternatif kepada GNOME. Terdapat berbilang edaran Linux yang menawarkan GNOME sebagai persekitaran atas meja lalai, dan terdapat banyak juga yang menawarkan KDE, dan terdapat edaran yang menawarkan kedua-duanya sekali. Sebagai contoh, Ubuntu yang menggunakan GNOME sebagai persekitaran atas meja lalai mempunyai terbitan lain, iaitu Kubuntu yang menawarkan KDE. Masing-masing mempunyai pro dan kontra, dan kesesuaian penggunaannya adalah bergantung kepada cita rasa pengguna sendiri.

Remove ads

Sejarah keluaran

Versi sekarang

Versi 42 telah dilepaskan pada 23 Mac 2022 dan merupakan versi terkini bagi meja GNOME dan merupakan kemaskini kecil untuk GNOME. Dengan versi ini, pasukan GNOME telah memperkenalkan pustaka aplikasi baharu bernama Libadwaita, yang dapat memudahkan pembangun perisian untuk mereka aplikasi yang boleh berfungsi dalam pelbagai saiz skrin. Beberapa ciri baru juga telah disertakan, ini termasuklah keupayaan untuk merakam keseluruhan skrin monitor dan opsyen untuk tukar tema aplikasi sama ada terang atau gelap.

Keluaran GNOME Shell

Thumb
GNOME Shell, ciri utama bagi GNOME 3.0 dan kemudian

GNOME 3.0 telah dikeluarkan pada tanggal 6 April 2011 dan merupakan versi yang pertama yang mengunakan GNOME Shell.[5] Pengumuman tentangnya telah dibuat di persidangan GUADEC Julai 2008 di Istanbul. nama kod ToPaZ (singkatan bagi Three Point Zero) telah diperkenalkan sekitar 2005[6] dan buat satu jangka masa yang lama hanyalah sekadar tempat mencurahkan idea kasar. Beberapa mock-up telah dicipta sebagai sebahagian daripada proses perah otak ToPaZ.[7]

Walaupun falsafah sekitar GNOME memandatkan perubahan dengan menambah baik, namun persekitaran meja ini menerima pembaikpulihan besar dengan GNOME Shell.[8]

Keluaran GNOME 2.X

Versi 2.32 merupakan keluaran besar terakhir yang dirancang sebelum versi 3.0[9] yang dikeluarkan pada bulan September 2010. Keluaran ini menaiktaraf pelanggan IM Empathy, Evince, dan pengurus fail Nautilus.

Apabila diuji, GNOME 2 (versi 2.29) menunjukkan penggunaan ingatan yang lebih rendah berbanding KDE 4.4, tetapi lebih tinggi berbanding Xfce 4.6 dan LXDE 0.5 (yang juga berasaskan GTK+ seperti mana GNOME).[10]

Keluaran yang lepas

Maklumat lanjut Versi, Tarikh ...
Remove ads

Galeri

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads