Gangwon
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Gangwon atau Gangwon-do (sebutan bahasa Korea: [kaŋ.wʌn.do]) ialah sebuah wilayah di Korea Selatan, dengan ibu kotanya di Chuncheon. Ia bersempadan di bahagian timur oleh Laut Timur, dan sempadan Wilayah Gyeonggi di baratnya, dan Wilayah Gyeongsang Utara dan Wilayah Chungcheong Utara di selatannya. Sempadan utaranya ialah Garis Penandaan Tentera, yang memisahkannya dari Wilayah Kangwŏn di Korea Utara. Sebelum pembahagian Korea pada tahun 1945, Gangwon dan Kangwŏn membentuk sebuah wilayah. Kaunti Pyeongchang di wilayah ini menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 dan Paralimpik Musim Sejuk 2018.
Remove ads
Sejarah
Gangwon-do adalah salah sebuah daripada Lapan Wilayah Korea semasa Dinasti Joseon. Wilayah ini dibentuk pada tahun 1395, dan berasal dari nama-nama kota utama Gangneung (강릉; 江陵) dan ibukota provinsi Wonju (원주; 原州).
Pada 1895, Gangwon-do digantikan oleh Daerah Chuncheon (Chuncheon-bu; 춘천부; 春川府) di barat dan Gangneung (Gangneung-bu; 강릉부; 江陵府) di timur. (Wonju menjadi sebahagian daripada Daerah Chungju.)
Pada tahun 1896, Korea telah dibahagikan kepada tiga belas buah wilayah, dan kedua-dua buah daerah telah digabungkan untuk membentuk semula Wilayah Gangwon-do. Walaupun Wonju bergabung dengan wilayah Gangwon-do, ibu kota wilayah itu dipindahkan ke Chuncheon, hingga ke hari ini.
Remove ads
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gangwon |
- Laman sesawang rasmi Diarkibkan 2021-05-27 di Wayback Machine (Inggeris)
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads