Garis-garis Fraunhofer

From Wikipedia, the free encyclopedia

Garis-garis Fraunhofer
Remove ads

Dalam bidang fizik dan optik, garis-garis Fraunhofer adalah sekumpulan garis spektrum yang dinamakan sempena ahli fizik Jerman, Joseph von Fraunhofer (1787-1826). Garis-garis ini asalnya dilihat sebagai ciri-ciri gelap (garis-garis serapan) di dalam spektrum optik Matahari.

Thumb
Spektrum suria dengan garis-garis Fraunhofer seperti yang dilihat secara visual.
Thumb
Garisan serapan untuk udara dengan pencahayaan tidak terus, dan sumber cahaya terus tidak kelihatan supaya gas itu tidak berada betul-betul di antara sumber dan pengesan. Spektrum di atas adalah spektrum langit biru timur yang berdekatan dengan ufuk pada jam 3-4 petang (Matahari di barat) pada hari yang cerah.
Remove ads

Penemuan

Pada tahun 1802, seorang ahli kimia England bernama William Hyde Wollaston telah menjadi orang pertama yang sedar akan kewujudan beberapa bahagian gelap di dalam spektrum suria.[1] Pada tahun 1814, Fraunhofer secara sendirinya telah menemui semula garis-garis ini dan memulakan kajian secara sistematik dan mengukur panjang-panjang gelombang ciri-ciri ini dengan teliti. Keseluruhannya, beliau telah memetakan lebih 570 garisan dan memberikan nama kepada ciri-ciri gelap utama dengan huruf A hingga K, sementara garis-garis yang lebih nipis atau pudar diberikan huruf-huruf lain.[2][3] Pemerhatian moden cahaya matahari boleh mengesan beribu-ribu garisan sebegini.

Kira-kira 45 tahun kemudian, Kirchhoff dan Bunsen[4] mendapati bahawa sesetengah garis Fraunhofer adalah sama dengan garis-garis serapan tertentu yang dikenalpasti di dalam spektrum-spektrum unsur-unsur yang dipanaskan.[5] Ia telah disimpulkan dengan tepat bahawa garis-garis gelap di dalam spektrum suria terhasil daripada penyerapan oleh unsur-unsur kimia di dalam atmosfera Matahari.[6] Sesetengah ciri yang dicerap telah dikenal pasti sebagai garis-garis telurik yang datang daripada penyerapan oleh molekul oksigen di dalam atmosfera Bumi.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads